Monday, April 13, 2015

NASI LEMUNI

Atas permintaan beberapa orang rakan dan saudara, bonda masukkan nasi lemuni dalam koleksi resepi kali ini. Nasi ini sesuai dimakan bersama sambal dan ikan bilis goreng atau ayam goreng atau ikan tongkol goreng atau bagi penggemar daging boleh juga dimakan bersama daging bakar. Bagi yang suka citarasa yang pelbagai , boleh juga dimakan dengan lauk-lauk kegemaran lain. Sukatan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesesuaian hidangan. Selamat mencuba.
4 cawan beras (basuh bersih dan toskan)
4 ranting daun lemuni hitam (agak2)
2 cawan pati santan (boleh juga gunakan 1 kotak kecil santan)
2 cm  halia - dimayang
2 ulas bawang merah - dihiris nipis2
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu teh halba
1 helai daun pandan
sedikit biji lada hitam (jika suka)


Masukkan beras dalam periuk nasi. Kemudian masukkan bawang, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, halba, lada hitam dan daun pandan. Bersihkan daun lemuni. Kalau boleh buang tangkai. Masukkan dalam mesin bersama air secukupnya dan kisar sampai halus. Tapis airnya. Ambil hanya segenggam daun yang ditapis  dan masukkan dalam beras bersama air tapisan daun lemuni. Tuang santan, sesuaikan  dan tambah air secukupnya. Lebih sedikit sahaja daripada air yang kita gunakan untuk masak nasi putih biasa. Masaklah sehingga nasi hampir-hampir kering. Kacau dan balik-balikan nasi dengan senduk kayu. Tutup dan biarkan ia masak dengan sempurna.

****Nasi ini amat sesuai untuk perempuan dalam pantang dan awet muda.

1 ranting daun lemuni hitam
Image result for daun lemuni hitamImage result for daun lemuni hitam









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...