Monday, March 12, 2012

KUIH TALAM TEPONG BERAS

Sumbangan :  myResepi : mamaJay


BAHAN -BAHAN A

2 cawan tepung beras ( cap bunga teratai )
1 cawan air gula merah ( 1/2 kilo gula merah di masak + 2 cawan air )
1/2 cawan gula pasir
4 1/2 cawan santan cair


Bancuhkan kesemua bahan dan tapis di dalam kuali.
Kacau sehingga pekat dengan api sederhana.
Masukkan ke dalam acuan berukuran 26 cm.
Kukus selama 20 minit.


BAHAN-BAHAN B ( untuk kepala )


1 cawan tepung beras
4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
1 1/2 sudu kecil garam

Satukan kesemua bahan dan kacau di dalam kuali sehingga pekat.
Tuang ke dalam adunan A tadi dan kukus lagi selama 1/2 jam.
Buka penutup kukusan dan biarkan sebentar.
Apabila wap dah kering tutup api dan sejukkan.

4 comments:

  1. semua kuih yang u buat enak enak belaka

    ReplyDelete
  2. kalau saya gune mana mana jenama tepung beras boleh ke? or memang kene cap bunga teratai jugak?

    ReplyDelete
  3. Tak salah mencuba....silakan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...