Sunday, June 17, 2012

NASI GORENG BIASA2 JE


2 mangkuk sederhana nasi
10 ekor  udang hidup (sederhana besar)
1 biji telor
8 biji kacang buncis/ 4 biji kacang panjang - bersihkan dan potong dadu
3 ulas bawang merah - bersihkan dan mayang
2 helai daun bawang - bersihkan dan potong dadu
minyak
garam halus
gula
kichap
lada sulah
bawang goreng

Buang kulit udang, basuh dan potong dadu. gaulkan dengan sedikit garam dan gula. Pukul telor dengan sedikit garam dan lada sulah. Panaskan 1 camca minyak dalam kuali dan buat telor dadar. Angkat, potong dan simpan untuk hiasan.
Panaskan 3 camca minyak dalam kuali. Tumis bawang. Goreng udang dan masukkan kacang. Balik2kan semuanya dan masukkan 2 camca besar air, garam, kicap dan lada sulah secukup rasa. Bila udang dan kacang sudah masak, masukkan nasi dan goreng dengan api yang sederhana selama 5 minit. Masukkan perisa dan hidangkan dengan dihiasi telur dadar, bawang goreng dan daun bawang. Kalau hendak pedas, bolehlah ditabur dengan hirisan cili padi.



AYAM PERCIK ALA KAMPUNG

1/2 ekor ayam- bersihkan
1 inci halia - tumbuk halus
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk

1/2 cawan air asam jawa
4 sudu makan gula
garam
minyak
 

Bahan A untuk dimesin
15 biji cili kering
1 cawan kacang tanah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Gaul ayam dengan bawang, halia dan sedikit garam. Perap selama satu jam. Panaskan periuk. Masukkan minyak dan tumis bahan A. Setelah naik bau, masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masak hingga sebati. Tambahkan air jika perlu.
Gaulkan campuran yang dimasak dengan ayam dan bakar.

AYAM PERCIK STYLE HOTEL

1/2 ekor ayam- bersihkan
2 inci halia - tumbuk halus
5 ulas bawang merah - tumbuk halus
Sedikit garam

Bahan B
1 cawan susu tepung yang siap dibancuh atau 1 cawan susu segar
1 biji limau nipis (perah ambil airnya)

Campurkan bahan B dan simpan semalaman. Perap ayam, halia , bawang dan bahan B. Bakar dan percik minyak.

KEK BALDU

10 biji telur ayam
1 tin kecil margerin
1 sudu teh baking powder
4 cawan tepong gandum
4 jenis pewarna
3 cawan gula kasar

Pukul telur dengan gula sampai kembang. Kacau gula dengan margerin dan masukkan ke dalam adunan telur. Kacau hingga sebati. Ayak tepung bersama baking powder ke dalam adunan. Gaul hingga rata. bahagikan empat dan masukkan pewarna setiap satunya. Aturkan ke dalam acuan mengikut citarasa sendiri dan bakar.

AIR LIMAU

3 biji limau manis / 4 biji limau nipis/ 8 biji limau kasturi
3 sudu besar gula pasir
1/4 pain air mendidih

Basuh dan lapkan buah2 limau itu. Parut kulit luarnya sahaja ke dalam sebiji mangkuk. Masukkan gula dan tuang air panas yang baru masak. Tutup dan biarkan selama 15 minit.
Limau dibelah  dua mielintang. Potong sehiris dua untuk hiasan, kemudian perah airnya ke dalam satu bekas daripada baki limau itu. Tapis air limau dan air gula yang telah disejukkan ke dalam sebiji  jag. Tambahkan air minuman supaya menjadi 2 pain. Sejukkan dalam peti ais.
Sebelum dihidangkan, masukkan beberapa ketul ais dan letakkan limau yang dihiris nipis tadi di mulut jag.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...