Sunday, July 28, 2013

BISKUT DAM


Bahan Doh Vanila :
500 g tepung gandum - diayak
50 g tepung kastard diayak
50 g susu tepung @ creamer - Mas guna coffemate
380 g butter
150 g gula aising
1 biji kuning telur
2 tsp esen vanila

Bahan Doh Coklat :
480 g tepung gandum - diayak
50 g susu tepung @ creamer - Mas guna coffemate
30 g serbuk koko - diayak
380 g butter
100 g gula aising 
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanila

Cara membuatnya :

Doh Vanila : 
Pukul butter dan gula hingga berkrim. 
Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul rata. 
Masukkan tepung yang diayak dan coffemate, uli hingga menjadi doh, biarkan 15 minit.

Doh Coklat : 
Pukul butter dan gula hingga berkrim. 
Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul rata. 
Masukkan tepung yang diayak, serbuk koko dan coffemate, uli hingga menjadi doh, biarkan 15 minit.

Cara :

Ambik doh Vanila :
Canai setebal 1 cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in ( 5" x 6" x 1" ). 
Buat sebanyak 3 kepingan doh vanila. 
Bungkus setiap kepingan doh tu dengan kertas minyak @ plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Ambik doh Coklat :
Canai setebal 1 cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in ( 5" x 6" x 1" ). 
Buat sebanyak 3 kepingan doh coklat. 
Bungkus setiap kepingan doh tu dengan kertas minyak @ plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Cara membuat Dam :
Selepas 1 jam lebih, keluarkan kedua2 doh tadi iaitu doh vanila dan doh coklat, susun kepingan doh tadi berselang seli antara doh vanila dan doh coklat, boleh lihat rujukan DISINI.
Ukur doh coklat dan doh vanila selebar 1 cm dan tandakan sebanyak 10 keping ( stripes ) kemudian potong hingga mendapat 10 kepingan doh coklat dan 10 kepingan doh vanila.
Susun bertindih berselang warna menjadi batang dan balut dengan kertas minyak @ plastik. 
Simpan dalam peti sejuk hingga mengeras sedikit. Mas simpan selama 1 jam.
Keluarkan dari petisejuk dan potong setiap batang setebal 1 cm, potong hingga habis.
Susun dalam loyang yang telah digliss dan bakar selama 25 minit dengan suhu 140 c. Mas guna suhu 160 c sebab setiap oven agak berlainan. Jangan bakar terlalu lama sehingga doh vanila keperangan kerana tidak mendapat hasil contras antara warna vanila dan coklat.


Nota :
Untuk melihat cara membuat Biskut Dam step by step boleh lihat DISINI .
Susu tepung agak berketul selepas diadun dengan mentega, boleh tukar kepada creamer seperti coffemate yang lebih halus.
Biskut ni agak besar, jika inginkan saiz yg lebih kecil, tukar ketebalannya kepada 1/2 cm. 
Biskut ini juga mengambil masa yang agak lama, jadi jangan terburu2 membuatnya. Selamat mencuba...

Tuesday, July 23, 2013

DODOL



1 gantang beras pulut
10 kati gula melaka
2 kati gula pasir
20 biji kelapa - ambil pati santan sahaja

Masak dan cairkan gula melaka dan gula pasir dengan air (biar hapus). Tapis untuk elakkan air gula berpasir.Bersihkan beras pulut. Kisar dan toskan airnya. Gaulkan dengan santan. Masukkan ke dalam kuali besar dan jerang dengan api yang sederhana. Apabila ramuan pekat, masukkan air gula. Kacau selalu sehingga menjadi dodol.

Sumbangan : Bani

PULUT KACAU / WAJIK



1/2 kati beras pulut - direndam selama 2 jam
1/2 kati gula melaka
4 tahil gula pasir
1 1/2 biji kelapa - ambil patinya sahaja

Kukus beras pulut hingga masak. Cairkan gula melaka dan gula pasir bersama 2 cawan air. Masak dengan api yang sederhana. Tapis air gula ke dalam kuali. Masukkan santan. Kacau perlahan-lahan dengan api yang sederhana sehingga pekat betul. Masukkan pulut yang telah dikukus tadi serta besarkan api. Kacau lagi sehingga pekat.

Sumbangan : Barney

DAGING PALEMBANG


Sumber : Kak Maria Hakem

700 gram daging – potong lebar dan nipis
2 batang serai – dititik
500ml santan pekat - (boleh gantikan dengan kerisik)
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak

Bahan kisar:

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.

- saya pula masukkan santan dan sedikit kerisik………….
DSC_0482bb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...