Thursday, October 20, 2011
NASI GORENG FIKRI
1 mangkuk sederhana nasi putih
2 ulas bawang merah
2 biji cili kering
2 batang kacang panjang (dipotong dadu)
1 sudu teh garam halus (atau ikut citarasa sendiri)
1 biji telur
3 sudu makan minyak masak (gunakan minyak bekas goreng ikan atau ayam)
Gaulkan garam halus, kacang panjang dan nasi putih. Rasakan garamnya. Hiris bawang merah nipis-nipis. Potong cili kering sepanjang lebih kurang 1 cm setiap satunya. Panaskan minyak bekas goreng ikan atau ayam. Tumiskan bawang dan cili kering. Bila naik bau, masukkan nasi putih yang telah digaul dengan garam dan sayur. Goreng hingga rata. Pecahkan telur, gaul lagi hingga nasi dan telur sebati. Hidangkan semasa masih panas. Sesuai dimakan bersama ikan bilis goreng.
Labels:
NASI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment