Tuesday, June 11, 2013

KESELAMATAN DIRI



1. Kerja dengan tenang.

2. Gunakan baju yang ringkas daripada kain yang tidak mudah terbakar seperti kain kapas.

3. Lantai mestilah kering, tidak bersepah dengan makanan dan tidak terlalu licin.

4. Ikatkan rambut yang panjang atau gunakan net/topi supaya rambut tidak jatuh ke dalam makanan atau tersangkut kepada alatan yang sedang bergerak seperti alat pengadun kek, mesin basuh kain dan kipas.

5. Gunakan kasut yang bertapak getah, padan, bertumit rendah, selesa dan bertutup.

6. Jalan dengan cergas, tetapi jangan sesekali berlari.



KESELAMATAN ALATAN



1. Padamkan suis utama sebelum memasang palam atau plug. Tangan mestilah sentiasa kering.

2. Gunakan kain ketuhar atau kain pemegang periuk ketika mengangkat periuk dan kuali panas.

3. Kacau dengan senduk kayu atau senduk bertangkai kayu.

4. Jika hendak tuang air panas, bawakan teko/ besen basuh kepada cerek air panas.

5. Hiris makanan arah ke bawah di atas papan pencincang.

6. Lap mata pisau dengan menghala sebelah yang tajam jauh daripada anda. Jangan sekali-kali tinggalkan pisau atau benda yang tajam di dalam besen berisi air.

7. Buangkan penutup tin untuk mengelakkan diri daripada terluka.

8. Apabila menghulur barang tajam seperti pisau atau gunting kepada orang lain, hulurkan tangkainya dahulu.

9. Gunakan pelapik periuk untuk mengalas periuk panas.



KESELAMATAN DI DAPUR



1. Labelkan semua bekas barang dengan cermat.

2. Jauhkan dapur daripada permukaan-permukaan kayu.

3. Tangkai cerek dan periuk mestilah ke dalam.

4. Periksa tiub gas dari masa ke semasa.

5. Barang-barang yang mudah terbakar seperti kain pencuci dan minyak tanah mestilah disimpan jauh daripada api.

6. Nyalakan mancis api sebelum memasang gas.

7. Jauhkan kepala anda dari ketuhar apabila memasang api ketuhar.

8. Buka pintu ketuhar sebelum memasang api.



MASAK TEMPOYAK NEGERI SEMBILAN

2 papan petai padi (jika suka)
1 helai kecil daun kunyit
3 helai daun kaduk (yang lembut)
4 helai pucuk labu
1 cekak pucuk ubi
15 - 20 biji cili padi
1 biji kelapa (ambil pati santan saja)
2 sudu makan tempoyak
segenggam ikan bilis
2- 3 ketul kunyit hidup
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa

Tumbuk lumat cili padi dan kunyit. Semua pucuk dan daun dibalut dengan pucuk labu dan dimayang seperti membuat bunga rampai. Gaulkan bersama cili padi dan kunyit yang ditumbuk tadi. Masukkan ke dalam periuk . Masukkan pula ikan bilis, petai, tempoyak, serai dan garam. Gaul biar rata. Masukkan santan. Letakkan di atas dapur dan masak dengan api yang sederhana. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. Angkat dan hidangkan apabila sayur kelihatan layu dan kuah agak pekat.

Nota : Amat sesuai dihidangkan bersama nasi putih, ikan masin goreng, telur dadar dan ikan masak asam pedas.


Daun kaduk
Daun Mangun
Daun Labu

Friday, June 7, 2013

Resepi Warisan Bonda: KETAM GORENG BERCILI


Resepi Warisan Bonda: KETAM GORENG BERCILI: 4 ekor ketam (dibersihkan dan dibelah 2) sedikit garam sedikit kunyit 2 labu bawang besar (dimayang) 4 ulas bawang putih (dimayang) 10 ...

KETAM GORENG BERCILI

4 ekor ketam (dibersihkan dan dibelah 2)
sedikit garam
sedikit kunyit
2 labu bawang besar (dimayang)
4 ulas bawang putih (dimayang)
10 biji cili kering (dipotong kecil)
sedikit halia (dimayang) - kalau suka
2 - 3 sudu air asam jawa
1 daun bawang (dipotong - 1 inci ) - jika suka
5 sudu makan minyak masak

Gaulkan ketam dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering sampai naik bau. Masukkan ketam. Goreng dengan api perlahan sehingga bahan tumisan sebati dengan ketam (lebih kurang 5 -10 minit). Masukkan air asam jawa. Goreng lagi. Masukkan daun bawang. Kacau rata dan terus angkat untukdihidangkan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...