Saturday, January 28, 2017

DENDENG DAGING

Dendeng Daging sedap dimakan dengan nasi panas, pulut kuning mahupun dengan ketupat... dendeng ni nak makan esok pagi tapi dah tinggal semangkuk kecik je..anak2 makan dengan nasi panas tadi..

resepi dari Tahrunnisah Jali

Resepinya

Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar

bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa
bahan D
air rebusan daging

cara2nya
Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap
Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan
skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam...

Tuesday, July 21, 2015

AYAM KALIO

1 ekor ayam - potong 8 atau 12
10 tangkai cili kering - mesin
5 tangkai cili merah - mesin
7 ulas bawang merah - mesin
6 ulas bawang putih - mesin
1 labu bawang besar - mesin
2 inci halia - mesin
1 ketul lengkuas - mesin
2 biji buah keras - mesin
6 biji cili api - diketuk
2 batang serai - ketuk
3 ketul kunyit hidup - ketuk/mesin
1 biji kelapa  - perah santan pekat
1 labu bawang besar - potong wedges
1 biji tomato - potong wedges
3 helai daun limau purut - dicarik2
3 helai daun kunyit - dicarik2
4 keping asam gelugur
Garam
Gula

Bersihkan ayam. Masukkan ayam, bahan2 yg dimesin dan diketuk bersama santan. Masak sampai pecah minyak. Masukkan garam, gula, asam keping, daun limau dan daun kunyit. Masak sampai hancur. Masukkan tomato dan bawang. Kacau sebati dan angkat.

Boleh dihias dengan cili merah / cili hijau, daun bawang dan bawang goreng.

Monday, April 13, 2015

NASI LEMUNI

Atas permintaan beberapa orang rakan dan saudara, bonda masukkan nasi lemuni dalam koleksi resepi kali ini. Nasi ini sesuai dimakan bersama sambal dan ikan bilis goreng atau ayam goreng atau ikan tongkol goreng atau bagi penggemar daging boleh juga dimakan bersama daging bakar. Bagi yang suka citarasa yang pelbagai , boleh juga dimakan dengan lauk-lauk kegemaran lain. Sukatan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesesuaian hidangan. Selamat mencuba.
4 cawan beras (basuh bersih dan toskan)
4 ranting daun lemuni hitam (agak2)
2 cawan pati santan (boleh juga gunakan 1 kotak kecil santan)
2 cm  halia - dimayang
2 ulas bawang merah - dihiris nipis2
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu teh halba
1 helai daun pandan
sedikit biji lada hitam (jika suka)


Masukkan beras dalam periuk nasi. Kemudian masukkan bawang, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, halba, lada hitam dan daun pandan. Bersihkan daun lemuni. Kalau boleh buang tangkai. Masukkan dalam mesin bersama air secukupnya dan kisar sampai halus. Tapis airnya. Ambil hanya segenggam daun yang ditapis  dan masukkan dalam beras bersama air tapisan daun lemuni. Tuang santan, sesuaikan  dan tambah air secukupnya. Lebih sedikit sahaja daripada air yang kita gunakan untuk masak nasi putih biasa. Masaklah sehingga nasi hampir-hampir kering. Kacau dan balik-balikan nasi dengan senduk kayu. Tutup dan biarkan ia masak dengan sempurna.

****Nasi ini amat sesuai untuk perempuan dalam pantang dan awet muda.

1 ranting daun lemuni hitam
Image result for daun lemuni hitamImage result for daun lemuni hitam









Sunday, October 19, 2014

KARI DAL KOBIS

1/4 biji kobis bulat {sederhana}
1 peket rempah daging
1 sudu makan serbuk kunyit 
1 sudu makan serbuk cili {jika suka pedas}
1 sudu teh halba campur
4 sudu makan kacang dal {rendam 3 jam or lebih}- basuh dan toskan
4 ulas bawang merah {dimayang}
2 ulas bawang putih {dimayang}
2 tangkai daun kari
2 keping asam keping//gelugur
2 cawan santan
10 ekor udang / 1 genggam ikan bilis
sedikit gula
1/2 sudu makan garam kasar
1 senduk minyak masak

Koyak kobis sekeping sekeping dan basuh atau boleh je potong ikut citarasa masing2.Bancuh serbuk rempah, serbuk kunyit dan serbuk cili dengan 1 cawan air.Masukkan garam. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis halba campur, bawang dan daun kari sampai kekuning-kuningan. Masukkan bacuhan rempah tadi. Masak dalam 3-4 minit. Masukkan kacang dal. Kacau dan rebus hingga kacang dal betul2 lembut {mungkin 1/2 jam }. Sekiranya air kering, masukkan lagi air agar kacang dal betul2 masak dan bersalut dengan rempah. Selepas itu masukkan udang/ikan bilis. Masukkan gula.Kacau dan masukkan santan. Bila santan hampir mendidih, masukkan kobis. Biar layu sedikit dan tutup api.






Wednesday, July 16, 2014

BUAH ROTAN





500 gram tepung pulut
2 cawan santan kelapa (anggaran)
1-2 biji telur ayam (pukul sedikit)
3-4 sudu besar gula pasir (ikut rasa)
Bijan secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam 

Masak santan dengan secubit garam hingga hampir mendidih dalam api yang sederhana. Sejukkan. Masukkan tepung pulut ke dalam bekas. Campurkan gula, garam dan juga telur. Gaulkan rata. Selepas itu, masukkan santan yang dimasak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Ulilah seperti adunan membuat karipap. Ambil secubit adunan dan bentukkan menjadi bulat-bulat kecil (lebih kurang sebesar kacang kuda). Perlu diingat, jangan buat terlalu besar kerana ia akan mengembang ketika digoreng nanti. 



Masukkan gentelan tadi ke dalam bekas yang mengandungi bijan. Golek-golekkan agar kena pada semua permukaan kuih dan tidak melekat antara satu sama lain.

Gorenglah dalam minyak yang banyak dan selalulah kacau agar kuih masak sekata. Bila agak kekuning-kuningan, angkat dan toskan minyaknya.

Sunday, July 28, 2013

BISKUT DAM


Bahan Doh Vanila :
500 g tepung gandum - diayak
50 g tepung kastard diayak
50 g susu tepung @ creamer - Mas guna coffemate
380 g butter
150 g gula aising
1 biji kuning telur
2 tsp esen vanila

Bahan Doh Coklat :
480 g tepung gandum - diayak
50 g susu tepung @ creamer - Mas guna coffemate
30 g serbuk koko - diayak
380 g butter
100 g gula aising 
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanila

Cara membuatnya :

Doh Vanila : 
Pukul butter dan gula hingga berkrim. 
Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul rata. 
Masukkan tepung yang diayak dan coffemate, uli hingga menjadi doh, biarkan 15 minit.

Doh Coklat : 
Pukul butter dan gula hingga berkrim. 
Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul rata. 
Masukkan tepung yang diayak, serbuk koko dan coffemate, uli hingga menjadi doh, biarkan 15 minit.

Cara :

Ambik doh Vanila :
Canai setebal 1 cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in ( 5" x 6" x 1" ). 
Buat sebanyak 3 kepingan doh vanila. 
Bungkus setiap kepingan doh tu dengan kertas minyak @ plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Ambik doh Coklat :
Canai setebal 1 cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in ( 5" x 6" x 1" ). 
Buat sebanyak 3 kepingan doh coklat. 
Bungkus setiap kepingan doh tu dengan kertas minyak @ plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Cara membuat Dam :
Selepas 1 jam lebih, keluarkan kedua2 doh tadi iaitu doh vanila dan doh coklat, susun kepingan doh tadi berselang seli antara doh vanila dan doh coklat, boleh lihat rujukan DISINI.
Ukur doh coklat dan doh vanila selebar 1 cm dan tandakan sebanyak 10 keping ( stripes ) kemudian potong hingga mendapat 10 kepingan doh coklat dan 10 kepingan doh vanila.
Susun bertindih berselang warna menjadi batang dan balut dengan kertas minyak @ plastik. 
Simpan dalam peti sejuk hingga mengeras sedikit. Mas simpan selama 1 jam.
Keluarkan dari petisejuk dan potong setiap batang setebal 1 cm, potong hingga habis.
Susun dalam loyang yang telah digliss dan bakar selama 25 minit dengan suhu 140 c. Mas guna suhu 160 c sebab setiap oven agak berlainan. Jangan bakar terlalu lama sehingga doh vanila keperangan kerana tidak mendapat hasil contras antara warna vanila dan coklat.


Nota :
Untuk melihat cara membuat Biskut Dam step by step boleh lihat DISINI .
Susu tepung agak berketul selepas diadun dengan mentega, boleh tukar kepada creamer seperti coffemate yang lebih halus.
Biskut ni agak besar, jika inginkan saiz yg lebih kecil, tukar ketebalannya kepada 1/2 cm. 
Biskut ini juga mengambil masa yang agak lama, jadi jangan terburu2 membuatnya. Selamat mencuba...

Tuesday, July 23, 2013

DODOL



1 gantang beras pulut
10 kati gula melaka
2 kati gula pasir
20 biji kelapa - ambil pati santan sahaja

Masak dan cairkan gula melaka dan gula pasir dengan air (biar hapus). Tapis untuk elakkan air gula berpasir.Bersihkan beras pulut. Kisar dan toskan airnya. Gaulkan dengan santan. Masukkan ke dalam kuali besar dan jerang dengan api yang sederhana. Apabila ramuan pekat, masukkan air gula. Kacau selalu sehingga menjadi dodol.

Sumbangan : Bani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...