Wednesday, July 16, 2014

BUAH ROTAN





500 gram tepung pulut
2 cawan santan kelapa (anggaran)
1-2 biji telur ayam (pukul sedikit)
3-4 sudu besar gula pasir (ikut rasa)
Bijan secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam 

Masak santan dengan secubit garam hingga hampir mendidih dalam api yang sederhana. Sejukkan. Masukkan tepung pulut ke dalam bekas. Campurkan gula, garam dan juga telur. Gaulkan rata. Selepas itu, masukkan santan yang dimasak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Ulilah seperti adunan membuat karipap. Ambil secubit adunan dan bentukkan menjadi bulat-bulat kecil (lebih kurang sebesar kacang kuda). Perlu diingat, jangan buat terlalu besar kerana ia akan mengembang ketika digoreng nanti. 



Masukkan gentelan tadi ke dalam bekas yang mengandungi bijan. Golek-golekkan agar kena pada semua permukaan kuih dan tidak melekat antara satu sama lain.

Gorenglah dalam minyak yang banyak dan selalulah kacau agar kuih masak sekata. Bila agak kekuning-kuningan, angkat dan toskan minyaknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...