Tuesday, May 29, 2018

NASI ARAB

Bahan-Bahan untuk Ayam

1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)
.
Bahan-Bahan Tumis

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar
.
Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh

Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih
Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam

1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.
4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.
5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.
9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.
Cara-Cara untuk Memasak Ayam
1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh
1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.
2) Tambahkan air dan garam secukupnya.
3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi
1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
2) Campurkan dengan potongan lobak merah.
3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.
.
Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab.
.
* SELAMAT MENCUBA *

Kredit Resepi Ketuk-ketuk Ramadhan.via bella amira rosli

Jgn Lupa Like & Share Resepi Hangat

Monday, May 21, 2018

RENDANG AYAM CILI PADI

Resepi Rendang Ayam Cili Api yg sedap dan mudah! Memang sedap gila!
.
Bahan-Bahan:
.
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* (sy letak lebih rasanya) kisar bahan bertanda *
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
santan dari sebiji kelapa
daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
gula melaka
garam
air asam jawa
.
Cara Memasak:
.
1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
.
2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
.
3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
.
4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula.

Resepi lredit to: MAHI Group

Tuesday, May 15, 2018

POPIA NESTUM

Ini resepi popia nestum paling sedap yg pernah admin cuba, try la.. share skrg!

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus kulit popia (50 helai).
1 1/2 cawan Nestum.
1/2 cawan susu tepung ATAU korang boleh guna serbuk horlicks.
1/2 cawan gula ( boleh tambah ikut suka)*
Tepung gandum untuk melekatkan kulit- (korang bancuh tepung tue dengan air sebagai gam popia)
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam-(lebih kurang secunit je nak bagi rasa masin2 sikit..tak nak bubuh pun takpe)

CARA MEMBUAT:
Ambik sekeping kulit popia gulung dengan menggunakan chop stick kalau tak de straw pun boleh kalau tak de juga guna lidi bunga telur tue..
Korang gulung kulit popia tue ye..pastu hujung kulit popia tue gam dengan bancuhan tepung gandum tue.
Selepas dah siap gulung korang gunting popia tue ye..
Dah siap gunting baru boleh goreng- kalau boleh jangan sampai garing nak kehitam sangat biar nampak kekuningan nanti bila salut nestum baru nampak cantik.

Cara nak buat adunan nestum:
Korang ambik blender pastu blend nestum+susu tepung+gula+garam = kasi halus dan gebu

Sedikit tips nak biskut ne:
Masa korang nak guna kulit popia tue jauhkan dari kipas angin nanti kulit popia akan menjadi cepat kering dan keras.
GK selalu akan keluarkan kulit popia sikit demi sedikit- ambik dari 10 keping dulu baki simpan dalam peti ais..dah siap gulung baru buka peti ais ambik lagi (ini untuk mengelakkan kulit popia jadi keras pastu payah nak gulung)
Goreng dengan minyak yang betul2 panas tapi jangan lama sangat dalam 5 minit je..sebab kulit popia tue nipis dan rangup
Kalau nak lagi sedap nak nestum tue menyerap masuk ke dalam kulit popia tue korang gunting menyerong.
Biarkan sejuk dulu baru salut dengan adunan nestum.

NOTA KAKI:
Korang boleh dapat anggaran 200 biji kalau guna resepi nie..

Kredit to : beadbroochgadiskampung.blogspot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...