Showing posts with label SAYUR. Show all posts
Showing posts with label SAYUR. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

MASAK TEMPOYAK NEGERI SEMBILAN

2 papan petai padi (jika suka)
1 helai kecil daun kunyit
3 helai daun kaduk (yang lembut)
4 helai pucuk labu
1 cekak pucuk ubi
15 - 20 biji cili padi
1 biji kelapa (ambil pati santan saja)
2 sudu makan tempoyak
segenggam ikan bilis
2- 3 ketul kunyit hidup
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa

Tumbuk lumat cili padi dan kunyit. Semua pucuk dan daun dibalut dengan pucuk labu dan dimayang seperti membuat bunga rampai. Gaulkan bersama cili padi dan kunyit yang ditumbuk tadi. Masukkan ke dalam periuk . Masukkan pula ikan bilis, petai, tempoyak, serai dan garam. Gaul biar rata. Masukkan santan. Letakkan di atas dapur dan masak dengan api yang sederhana. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. Angkat dan hidangkan apabila sayur kelihatan layu dan kuah agak pekat.

Nota : Amat sesuai dihidangkan bersama nasi putih, ikan masin goreng, telur dadar dan ikan masak asam pedas.


Daun kaduk
Daun Mangun
Daun Labu

Saturday, August 20, 2011

BENDI GORENG BERCILI

10 biji bendi muda
3 biji cili merah
10 ekor udang-siang dan bersihkan
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur
garam
minyak

Bersihkan cili dan bawang. Tumbuk cili bersama bawang hingga lumat. Masukkan udang dan tumbuk perlahan-lahan biar udang sebati dengan cili.Basuh bendi dan potong nipis-nipis. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik baunya. masukkan garam. Masukkan bendi. Goreng hingga sebati. masukkan asam keping. Gaulkan rata dan bolehlah diangkat bila bendi sudah masak.

Sunday, May 8, 2011

MASAK LODEH

 10 ekor udang basah(sedang)
1 keping tempe
2 keping tahu putih(keras)
4 batang kacang panjang
1 keping fucuk
5 helai daun kobis
3-4 ulas bawang merah
3 biji cili merah
1/2 biji kelapa

beberapa lembar sohoon
garam

Sediakan santan pekat dan santan cair sama banyak. Basuh semua sayuaran dan potong anggaran 2 cm setiap satunya. Kupas dan hiris bawang dan cili merah. Potong dan rendam sohoon. Masukkan santan cair dan garam ke dalam periuk dan masak sampai mendidih.Masukkan kesemua sayuran kecuali tahu dan sohoon. Tutup periuk dan biarkan selama 2-3 minit. Apabila sayuran empuk, masukkan udang, tahu dan sohoon serta santan pekat.Biarkan mendidih sekali sahaja dan angkat periuk dengan seberapa segera. Sesuaikan rasanya dan hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...