Sunday, October 30, 2011

BAN KISMIS

4 aun tepung
1 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 aun margerin
1 1/2 aun gula halus
1 aun kismis
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 aun campuran kulit limau (jika suka)
1 biji telur

Aturkan tetingkat ketuhar dan panaskan ketuhar. Lenser loyang pembakar. Ayak tepung dan sebuk penaik ke dalam mangkuk adunan. Gaul dan ramaskan margerin dengan tepung itu sehingga adunan itu kelihatan seperti serbuk roti. Masukkan gula dan kismis ke dalam campuran itu. Campurkan vanila dan telur yang telah dipukul supaya adunan menjadi kental. Bahagikan adunan kepada 8 longgok. Letakkan di atas loyang pembakar dan bakar selama 20 -25 minit sampai cukup naik dan berwarna perang. Sejukkan ban itu dan redai kuih sebelum dihidang.

NASI GORENG SANTAI

 2 mangkuk sederhana nasi
10 ekor udang hidup - buang kulit dan potong dadu
1 biji telur
8 butir kacang buncis/4 kacang panjang - bersihkan dan potong dadu
3 ulas bawang merah -tumbuk
2-3 helai daun bawang - basuh dan potong dadu
1 biji cili merah / 3 biji cili padi - dihiris nipis
bawang goreng
minyak, garam, kicap, lada sulah

 Pukul telur dengan sedikit garam dan lada sulah. Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali dan buat telur  dadar. Angkat telur dadar , potong dan simpan untuk hiasan nasi.

Panaskan 2 sudu besar minyak. Tumis bawang, masukkan udang. Selepas itu masukkan kacang. Gaul rata kesemuanya. Masukkan 2 sudu besar air. Masukkan kicap, garam dan lada sulah mengikut citarasa masing2. Apabila udang dan kacang sudah masak, masukkan nasi dan goreng dengan api yang sederhana selama 5 minit. Sesuaikan rasanya. Hidangkan bersama telur dadar, daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili.




Thursday, October 20, 2011

NASI GORENG FIKRI


1 mangkuk sederhana nasi putih
2 ulas bawang merah
2 biji cili kering
2 batang kacang panjang (dipotong dadu)
1 sudu teh garam halus (atau ikut citarasa sendiri)
1 biji telur
3 sudu makan minyak masak (gunakan minyak bekas goreng ikan atau ayam)

Gaulkan garam halus, kacang panjang dan nasi putih. Rasakan garamnya. Hiris bawang merah nipis-nipis. Potong cili kering sepanjang lebih kurang  1 cm setiap satunya. Panaskan minyak bekas goreng ikan atau ayam. Tumiskan bawang dan cili kering. Bila naik bau, masukkan nasi putih yang telah digaul dengan garam dan sayur. Goreng hingga rata. Pecahkan telur, gaul lagi hingga nasi dan telur sebati. Hidangkan semasa masih panas. Sesuai dimakan bersama ikan bilis goreng.




Saturday, October 1, 2011

KEK KEMBAL

8 biji telur ayam
7 camb. telur ayam
2 camb susu pekat
7 camb gula
8 camb tepung gandum
1 camt baking powder

Kacau margerin dengan susu hingga rata. Pukul putih telur hingga naik buih. Masukkan gula, kuning telur dan adunan margerin tadi ke dalam putih telur. Kacau hingga rata. Masukkan dalam acuan kek dan bakar hingga masak.

KEK HALBAL

12 cawan tepung gandum
4 sudu makan margerin
8 sudu makan gula
4 sudu teh baking powder
4 biji telur ayam
sedikit susu cair
sedikit serbuk koko

Ayak tepung dan baking powder,Pukul margerin dengan gula hingga kembang. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam bancuhan margerin dan gula,dan pukul lagi hingga rata. Masukkan tepung dan susu cair. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Campurkan serbuk koko kepada 1 bahagian dan adun hingga sebati. 1 bahagian lagi biarkan putih. Isikan ke dalam tin pembakar mengikut citarasa masing-masing dan bakar hingga masak.

AIR NENAS


1 bji nenas yang sederhana besar
1 biji limau nipis
3 sudu besar gula
1/4 pain air mendidih

Bancuh gula dengan air mendidih. Kupas nenas, parut dan perah airnya. Perah air limau dan campurkan dengan nenas parut tadi. Tapis air nenas dan air gula ke dalam jug. Tambahkan air sejuk supaya menjadi 2 pain. Sejukkan dalam peti ais. Hidangkan minuman dengan ketulan-ketulan ais.

BUBUR CA-CA

300 g keledek
300 g keladi
1/2 biji kelapa (diparut)
5 - 6 sudu besar gula pasir
sedikit garam halus
2 helai daun pandan

Basuh keledek dan keladi. Kupas dan potong daduanggaran 1 cm. Kukus keladi dan keledek yang telah dipotong dadu hingga masak (10-15 minit). Sediakan 1/2 cawan santan perahan pertama dan 2-3 cawan santan perahan kedua. Masukkan santan perahan kedua, gula, garam dan daun pandan yang telah disimpulkan ke dalam periuk. Jerang hingga mendidih. Setelah itu masukkan keledek dan keladi. Masukkan santan perahan pertama. Kacau dan biarkan mendidih sekali lagi sebelum diangkat.

Saturday, September 17, 2011

SALAD TOWFOO BERSARAK


2 keping towfoo
1/4 biji sengkuang
1/2 biji timun
4 - 5 helai daun salad
1 biji cili merah
sos cili
mayonis

Basuh dan toskan sengkuang, timun dan daun salad. Hiris sengkuang dan timun nipis-pis dan kemudian dipotong halus-halus. Curahkan air mendidih pada towfoo, biarkan seminit dan kemudian perah airnya. Potong tiap-tiap keping towfoo berbentuk segitiga dan belah tengahlah.  Isikan towfoo dengan sayur-sauran yang telah dihiris halus. Susun daun-daun salad di atas pinggan leper. Letakkan baki timun dan sengkuang yang telah dihiris di atas daun salad. Susun towfoo di atas sekali. Hiaskan dengan cili merah yang dipotong berbentuk bunga. Masukkan sos cili dan mayonis di bahagian atas.

ROJAK BUAH


1/2 biji timun
1/4 biji sengkuang
1 biji mangga muda
sepotong betik hampir masak
sepotong nenas masak
2 biji jambu air
1/2 biji jambu batu

Kupas kulit kemudian basuh sayur-sayuran dan buah-buahan, toskan. Hiris kesemuanya mengikut citarasa masing-masing.

Bahan untuk kuah:
5 biji cili kering - goreng tanpa minyak
2 sudu besar kacang tanah  - goreng tanpa minyak dan buang kulit
2 keping kecil belacan bakar
1/2 keping gula melaka
1 sudu gula pasir
2 sudu besar kicap manis
4 sudu besar air asam pekat
1 sudu besar petis (jika suka)

Letakkan kacang di atas dua helai kertas minyak dan hancur-hancurkannya. Blend cili kering, gula melaka, belacan dan air asam jawa. Masukkan kicap, petis dan kacang dan gaul hingga sebati.

Campurkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah disediakan tadi ke dalam kuah dan gaulkan rata-rata. Hidang dengan segera.


Sunday, August 21, 2011

UDANG MASAK KICAP

10 - 15  ekor  udang - sederhana besar
2 biji kentang
1 labu bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah - belah 4
1 tangkai daun bawang - potong panjnagnya 2 cm
1 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan air asam jawa
serbuk kunyit
garam halus
6 - 7 sudu minyak masak

Siang udang dan bersihkan. (Paling sesuai- potong sedikit bahagian kepala dan ekor sahaja).gaulkan dengan garam dan kunyit. Kupas kentang dan potong nipis. Bersih dan toskan. Gaulkan kentang dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak. Goreng kentang hingga kekuning-kuningan. Masukkan udang dan gaulkan bersama kentang. Apabila udang agak kemerahan, masukkan hirisan bawang dan cili merah. Gaulkan hingga bawang sedikit layu. Masukkan kicap dan air asam jawa. Masak dengan api yang perlahan. Biarkan 2-3 minit, masukkan hirisan daun bawang dan angkat dari api.



Saturday, August 20, 2011

BENDI GORENG BERCILI

10 biji bendi muda
3 biji cili merah
10 ekor udang-siang dan bersihkan
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur
garam
minyak

Bersihkan cili dan bawang. Tumbuk cili bersama bawang hingga lumat. Masukkan udang dan tumbuk perlahan-lahan biar udang sebati dengan cili.Basuh bendi dan potong nipis-nipis. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik baunya. masukkan garam. Masukkan bendi. Goreng hingga sebati. masukkan asam keping. Gaulkan rata dan bolehlah diangkat bila bendi sudah masak.

Sunday, June 12, 2011

ASAM PEDAS BONDA

6 ekor ikan kembung- siang dan bersihkan
8 biji cili kering
1 1/2 inci belacan bakar
4 ulas bawang merah
1/2 sudu makan garam kasar
6 keping asam gelugur
4 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan

Tumbuk cili kering, belacan dan bawang merah bersama garam kasar sampai lumat.(Boleh gunakan blender, cuma rasanya berbeza). Masukkan 6 cawan air,  cili yang telah ditumbuk tadi , asam keping, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.dan panaskan api. Biarkan sampai mendidih dan masukkan ikan. Sesuaikan rasanya. Bila ikan sudah masak, angkat daripada api dan hidangkan bersama nasi panas.

Tuesday, May 17, 2011

SERUNDING DAGING

1 kg daging- jadikan 10 ketul dan rebus sampai empuk
50 biji cili kering yang elok
1/2 kg bawang merah
1/2 kg bawang besar
2 batang serai
1 1/2 inci halia
1 labu bawang putih
2 biji kelapa - ambil pati santan 10 gelas

Siat-siatkan daging biar halus. Blend cili, bawang-bawang, serai dan halia hingga halus. Panaskan api. Masukkan santan dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Biarkan sampai mendidih dan hampir naik minyak. Masukkan daging dan masklah dengan api yang sederhana. Rajin-rajinlah kacau sampai masakan kering dan keluar minyak. Tutup api dan sejatkan daging sebelum dihidangkan.

Sunday, May 8, 2011

MASAK LODEH

 10 ekor udang basah(sedang)
1 keping tempe
2 keping tahu putih(keras)
4 batang kacang panjang
1 keping fucuk
5 helai daun kobis
3-4 ulas bawang merah
3 biji cili merah
1/2 biji kelapa

beberapa lembar sohoon
garam

Sediakan santan pekat dan santan cair sama banyak. Basuh semua sayuaran dan potong anggaran 2 cm setiap satunya. Kupas dan hiris bawang dan cili merah. Potong dan rendam sohoon. Masukkan santan cair dan garam ke dalam periuk dan masak sampai mendidih.Masukkan kesemua sayuran kecuali tahu dan sohoon. Tutup periuk dan biarkan selama 2-3 minit. Apabila sayuran empuk, masukkan udang, tahu dan sohoon serta santan pekat.Biarkan mendidih sekali sahaja dan angkat periuk dengan seberapa segera. Sesuaikan rasanya dan hidangkan.

Sunday, April 24, 2011

DAGING HITAM BONDA

1 kg daging (kalau nak sedap daging batang pinang)
1/2 kg bawang merah
40 biji cili kering
5 - 6 sudu makan kicap manis
2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
2 biji buah kurma - buang biji
1 cawan bawang goreng
 gula
minyak untuk menggoreng

Potong daging nipis-nipis dan bersihkan. Kisar cili kering dan buah kurma dengan sedikit air , biar pekat dan jangan terlalu hancur. Kisar bawang merah berasingan hingga hancur. Rebus daging dengan kunyit dan kicap manis. Kacau selalu hingga air rebusan kering. Panaskan minyak dan goreng daging hingga agak garing. Angkat dan toskan minyak. Tumiskan bawang kisar dalam minyak tadi. Goreng lebih kurang 5 - 8 minit atau sampai bawang naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau hingga garing. Masukkan 1 sudu kicap manis, garam dan gula. Sesuaikan rasanya dan masukkan bawang goreng dan daging. Kacau rata dan tutup api. Angkat dan hidangkan.
***Sesuai juga dimakan bersama roti. Tahan untuk dijadikan lauk untuk perjalanan jauh.

Saturday, April 23, 2011

JEMPUT-JEMPUT PISANG

1/2 lb pisang emas
1oz gula pasir
2 oz tepung gandum
garam halus
minyak untuk menggoreng

Kupas pisang dan lecekkan. Gaulkan gula ke dalamnya. Ayakkan tepung. Masukkan ke dalam bancuhan tadi. Masukkan air garam secukup rasa. Gaulkan rata. Panaskan minyak. Masukkan adunan sesudu demi sesudu dan goreng hingga perang warnanya. Toskan betul-betul sebelum dihidangkan.

Sunday, April 17, 2011

KUZI AYAM

1 ekor ayam yang besar- boleh juga ganti dengan 1 kg daging
1/2 tin sedang tomato puri pekat
1 tin susu cair
1/2 botol tomato Del Monte
4 sudu minyak sapi
1 1/2 cawan minyak bijan
4 gelas air
1/2 cawan badam - goreng tanpa minyak
1/2 cawan kismis
bawang goreng
garam
gula


Bahan-bahan rempah:
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada sulah
2 cm halia
2 cm lengkuas
1/2 biji buah pala
8 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah


Bahan-bahan tumis:
10 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga

Bersihkan semua rempah dan jemur sampai kering. Kisar semua rempah hingga halus. Masukkan garam dan gaul bersama ayam. Perapkan selama lebih kurang 3 jam. Panaskan minyak sapi. Masukkan minyak bijan. Tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau. Masukkan ayam yang telah diperap. BIarkan sampai naik minyak. Masukkan sos tomato dan tomato puri. Rasakan garamnya. Masukkan gula. Masukkan susu cair dan air. Renihkan dengan api yang perlahan sehingga ayam masak. Masukkan badam dan kismis. Angkat dan hidangkan dengan taburan bawang goreng.

Saturday, April 9, 2011

IKAN MASAK LEMAK BETAWI

2 ekor ikan cencaru - siang dan bersihkan
6 biji belimbing buluh - belah 2
1 cawan pati santan
2 batang serai - diketuk
garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk dikisar
10 biji cili burung
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
2 biji buah keras
1 cm kunyit hidup


Perapkan ikan dengan garam lebih kurang 10 minit. Gaulkan ikan dengan bahan kisar. Masukkan belimbing dan tuang pati santan. Masuk semua bahan dalam periuk. Masak di api yang perlahan. Masukkan serai. Renihkan hingga ikan masak. Angkat dan buang serai.

Thursday, April 7, 2011

SERUNDING IKAN

1 kg ikan tenggiri
1 1/2 biji kelapa parut (ambil 1 1/2 cawan pati santan)
2 keping asam gelugur/keping
1 sudu teh serbuk perasa
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula

Bahan untuk dikisar
15 biji cili merah
4 cm halia
15 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Kukus ikan selama 12 minit (hingga masak). Apabila sejuk, buang tulang-tulangnya dan hancurkan sedikit dengan menggunakan sudu.Campurkan pati santan dengan bahan kisar, asam gelugur, serbuk perasa, garam, gula dan ikan. Didihkan perlahan-lahan di atas api sederhana selama 5 minit. Kacau selalu. Goreng lebihkurang 50 minit sampai betul-betul kering.

Tuesday, April 5, 2011

LENGKONG SANTAN


1/2 auns agar2
1 pt air
1/2 pt pati santan
4 oz gula pasir
1/2 keping gula melaka -cincang halus
2 helai daun pandan
sedikit garam halus


Basuh agar2 dan jerangkan dengan air dan daun pandan hingga mendidih. Apabila agar2 telah larut, masukkan gula melaka dan masak hingga larut gula melaka itu. Masukkan garam dan secubit garam dan biarkan hingga mendidih lagi. Angkat dan tapis lengkong itu dengan kain kasa dan bekukan dalam dulang yang telah dibasahkan dan ditoskan. Apabila lengkong itu beku, santan kelapa akan menjadi satu lapisan putih di atasnya. (http//:resepiwarisanbonda.blogspot.com)

Thursday, March 31, 2011

MASAK KALIA

1/2 kg hati lembu - basuh bersih2, celur dengan air panas dan potong ikut suka hati
1/2 kg ubi kentang - potong nipise
1 senduk makan ketumbar
2 cawan tairu
1 buku kunyit hidup
1 mangkuk santan
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu teh jintan manis
1 pokok daun ketumbar
1 jari kulit kayu manis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sebesar ibu jari halia
lada putih dan garam - ikut suka

Gaulkan kentang dengan garam dan  kunyit dan goreng hingga kekuning-kuningan dan toskan, Blend halus  bawang merah, bawang putih, ketumbar, kunyit, jintan manis, kulit kayu manis, halia dan lada putih. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang diblend tadi hingga kekuningan.Taburkan garam secukup rasa.  Masukkan tairu dan hati lembu. Gaulkan rata dan biarkan mendidih. Bila hati sudah empuk, masukkan santan dan kentang goreng. Biarkan mendidih sekali lagi. Sesuaikan rasanya. Bila kuah agak pekat, angkat dan hidangkan. Taburkan daun ketumbar yang telah dipotong.

Monday, March 28, 2011

NASI PADANG

4 tin susu beras siam - basuh bersih dan toskan
1 tin susu cair
1 tin kecil tomato soup
1/2 kg  daging lembu -  dipotong kecil-kecil
1 senduk minyak sapi
1 kati udang basah - disiang dan dibersihkan
10 ulas bawang putih - diracik halus
1 inci halia - diracik halus
1 jari kelingking kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
5 helai daun bawang
5 helai daun sup
2 biji telur ayam
garam halus
serbuk kunyit

Gaulkan daging dengan garam dan kunyit. Gorenglah hingga masak. Lakukan yang sama untuk udang. Masukkan susu cair dan tomato dalam sebuah bekas dan campurkan dengan 3 tin susu air biasa. Kacau hingga rata. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga. Masukkan bancuhan air susu dengan tomato tadi. Masukkan beras dalam rice cooker dan tuang kuah tadi. Kacau rata dan masaklah nasi macam biasa.

Goreng telur dadar bersama halia dan bawang putih. Potong telur, udang dan daging halus-halus. Gaulkan kesemuanya dengan hirisan daun sup dan daun bawang.

Semasa hidangkan nasi, taburlah baan-bahan yang digaul di atas nasi.
***Boleh dimakan tanpa lauk atau denga lauk2 lain.

Sunday, March 27, 2011

GULAI ACEH

1/2 kg ikan tenggiri/sebarang jenis ikan yang disukai
1 sudu makan ketumbar kasar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih
10 biji cili merah
5 biji cili kering
10 biji belimbing kering
sebesar kelingking kunyit kering
2 biji limau nipis
garam dan belacan

Kisar ketumbar, jintan putih, lada hitam, cili kering, cili merah, belimbing kering, kunyit kering, garam dan belacan. Bersihkan ikan dan potong ikut suka. Gaul mikan dengan rempah yang dikisar tadi.. Jerangkan kuali dengan air secukupnya untuk kuah. Bila air mendidih, masukkan ikan beserta rempah tadi. Kacau biar rata. Masak hingga mendidih dan ikan masak. Rasakan garamnya dan perahkan air limau. Kacau, biarkan selama 2 minit dan angkat..

Wednesday, March 23, 2011

KETAM GORENG

10 ekor ketam (sederhana besar)
3 biji telur ayam - asingkan kuning dan putih
1 sudu teh ketumbar - ditumbuk halus
1 sudu teh serbuk lada putih
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 pokok daun salad
3 sudu makan serbuk roti tawar
minyak
sos cili
garam

Rebus ketam dan ambil isinya. Kulitnya jangan sampai retak sebab akan digunakan lagi. Gaulkan isi ketam dengan bawang merah, bawang putih, ketumbar dan serbuk lada putih. Pukul telur putih, kemudian tabur dengan biskut tawar. Masukkan ke dalam kulit ketam tadi. Celupkan isi ketam ke dalam kuning telur, kemudian masukkan dalam kulit ketam bersama-sama kulit ketam tadi. Panaskan minyak dan goreng ketam itu hingga masak. Aturkan daun salad dalam pinggan, letak ketam di atasnya dan tuangkan sos cili.

Tuesday, March 22, 2011

TELUR MASAK CARA ARAB

3 biji telur ayam - rebus hingga masak
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar - dimayang
2 batang lobak merah - buang empulurnya dan dipotong besar 1 inci
1 tangkai daun saderi
1 inci halia
1 inci kunyit
4 biji cili merah
kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pala -secukupnya

Blend bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili merah dan garam (mengikut rasa) hingga halus. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pala hingga kuning. Setelah itu, masukkan bahan-bahan yang diblend tadi. Masukkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan telur yang telah dibelah dua.

Saturday, March 19, 2011

PUDING TEPONG JAGUNG

1 oz tepong jagung
1/2 keping gula melata
1/2 pt susu atau santan
1/2 camt.vanila
pewarna

Bancuh tepong jagung dengan sedikit susu dan jerangkan baki susu itu dalam periuk susu yang telah dibasahkan
Apabila susu itu hampir mendidih, tuangkan kepada tepong jagung yang dibancuh tadi. Kacaukan ketika menuangnya. Basuh periuk dan tuang semula campuran itu ke dalamnya. Masak semula selama 2 minit hingga mendidih dan kacaulah sentiasa. Angkat dari api dan bubuh gula, vanila dan pewarna. Tuangkan campuran itu ke dalam acuan yang bersih.Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais. Bila sejuk , hidangkan dalam mangkuk puding bersama buah-buahan yang telah dimasak dengan air gula.

**Nenas dimasak dengan air gula adalah amat sesuai dengan puding ini.

Thursday, March 17, 2011

MEE SUP HAILAM

15 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 kg daging lembu
1/2 kg lobak merah - bersihkan dan potong ikut citarasa
1/2 kg mee kuning - rendam dalam air sejuk dan ramas2 supaya lembut
1/2 kg makaroni - potong ikut citarasa

Bersihkan daging dan rebus dalam air yang banyak untuk kuah. Bila daging empuk, toskan dan potong kecil-kecil. Blend cili, halia dan bawang hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang diblend tadi hingga naik minyak. Masukkan sos tomato, daging dan gaul rata. Masukkan air rebusan daging. Bila mendidih, masukkan lobak merah dan garam, makaroni dan mee. Kacau rata dan rasakan garamnya.

***Sesuai dimakan bersama sos tomato, serbuk lada putih atau kicap dan lada bercuka

MASAK STEW (CARA ITALI)

600 g / 1 kati   daging
1200 g / 2 kati ubi kentang - bersihkan dan rebus, lecek hingga likat
300 g / 1/2 kati kubis - potong selebar 3 jari
1 sudu teh serbuk lada putih
3 ulas bawang besar - potong bulat tipis2
2 sudu besar cuka
1/2 sudu teh serbuk buah pala
150 g mentega
5 biji terung biru - belah empat tetapi jangan putus
sebesar kelingking kulit kayu manis
garam secukup rasa


Potong daging , bersihkan dan rebus dengan garam dan kulit kayu manis. Bila daging empuk, masukkan kubis, terung, serbuk lada putih, serbuk buah pala dan tutup rapat2. Masukkan kentang lecek dan kacau rata. Masak hingga kuah daging likat, masukkan mentega. Bila mendidih masukkan cuka dan rasakan garamnya. Angkatlah dan sesuai dimakan dengan roti.







Sunday, March 13, 2011

IKAN SARDIN GULUNG (CARA VIETNAM)

2 cawan tepung gandum
1 cawan margerin
3 ekor ikan sardin - buang tulang dan hancurkan isinya
2 biji telur ayam
6 tahil air sejuk
2 ulas bawang merah - potong nipis
3 biji cili api - potong nipis
garam
asam jawa

Ayak tepung dengan garam. Gaul dengan margerin. Masukkan telur yang sudah diramas dan gaul hingga sebati. Masukkan sardin, gaul hingga rata. Campurkan bawang dan cili. Perahkan asam jawa, ambil pekatnya sahaja bersama-sama garam. Semuanya digaul menjadi satu dan diuli seperti membuat kuih.Masukkan air sedikit demi sedikit. Gulung atau dikepal2 dan digoreng dengan minyak yang secukupnya. Hidangkan dengan kicap bercampur cuka dan gula.

Saturday, March 12, 2011

MASAK SALAD IKAN GORENG



2 pokok daun salad - ambil hujungnya saja
2 ekor ikan bawal - siang sekor-seekor- jangan dipotong
1 biji timun - buang kulit dan dipotong nipis
1 biji bawang besar - dipotong nipis
3 biji ubi kentang - direbus, buang kulit dan potong nipis
6 sudu makan sos tomato
1 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1 sudu teh ketumbar
1/2 inci kunyit hidup
gula , garam dan lada putih - ikut rasa
minyak


Tumbuk kunyit, lada putih, ketumbar dan garam hingga lumat. Gaulkan dengan ikan yang telah dibersihkan. Goreng ikan hingga garing.
Panaskan minyak. Goreng bawang hingga layu. Masukkan sos tomato, biarkan sekejap. Tuangkan bancuhan tepung jagung.Masukkan garam dan gula. Masukkan ikan.  Letakkan ikan dalam pinggan besar yang dialas dengan daun salad yang diatur berselang seli dengan kentang dan timun.



Thursday, March 10, 2011

ACAR LIMAU MAK TOK

5 cawan minyak masak
10 biji limau nipis jeruk - direbus sampai empuk
30 biji/ 4 tahil  cili kering - goreng dan blend dengan 1 cawan air
1/4 cawan bijan - goreng tanpa minyak hingga kekuning-kuningan
1/2 kg gula
1/2 kg bawang merah - 1/3 dimesin dan 2/3 dikupas , gaul garam dan dijemur
300 g bawang putih - lakukan sama seperti bawang merah
1/2 botol cuka
6 inci halia - 1/2 dimesin dan 1/2 dimayang
10 - 15 biji cili muda  - belah, buang biji dan celur
1 sudu jintan putih - dimesin
1 sudu jintan manis - dimesin
2 sudu besar biji sawi - goreng tanpa minyak dan buang kulit hitam
150 g lobak masin - basuh dan celur
1 kotak kismis
3 cawan air
buah kana, asam kerdut, asam kulit limau, anggur atau sebarang jeruk kering - basuh (jgn dicelur)
garam secukup rasa

Panaskan minyak. Tumis jintan-jintan, bawang2 dan halia yang dimesin. Masukkan cili mesin dan goreng sampai naik minyak. Masukkan garam. Tuang cuka sampai mendidih. Campurkan air dan gula. Renihkan perlahan-lahan sampai pekat. Sejukkan dulu sebelum memasukkan kesemua bahan-bahan lain. Masukkan asam-asam, buah limau, cili muda, kismis, lobak masin, bawang dan halia. Kacau rata. Taburkan biji sawi dan bijan.
 Pastikan bawang yang dijemur dibasuh dan dicelur dahulu sebelum dimasukkan dalam kuah acar..

Tuesday, March 8, 2011

TOM YAM YUMMY

12 ekor sotong - siang dan bersihkan
10 ekor udang - siang dan bersihkan
4 biji buah tomato - potong halus dan kisar tanpa air
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
sedikit halia
1/4 bunga kobis - potong
1/2 batang lobak merah - potong bulat-bulat
6 biji cili padi - ditambah jika perlu
2 helai daun limau purut
1 batang serai - dititik/diketuk
2 sudu minyak masak

Kisar bawang putih. bawang merah dan halia. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Masukkan serai dan cili padi. Masukkan sotong. Agak-agak nak kering air, curahkan tomato yang dikisar tadi. Masukkan daun limau purut. Tutup periuk biar daun limau purut kecut. Masukkan udang dan masukkan air untuk kuah (ikut suka). Bila mendidih, masukkan sayuran dan garam. Masukkan juga perisa dan gula jika suka.

Monday, March 7, 2011

APAM GULA HANGUS

4 biji telur
2 cawan gula- 1 cawan buat gula hangus
3 cawan tepung
1 sudu teh soda bicarbonat
1 cawan air

Pukul telur dengan 1 cawan gula sampai kembang (putih). Masakkan gula hangus. Perlahankan api dan tuangkan air. Kacau dan sejukkan. Masukkan soda bicarbonat (ditapis) ke dalam bancuhan telur. Masukkan air gula hangus dan tepung sedikit demi sedikit. Panaskan loyang. Tuangkan adunan dan kukus selama lebih kurang 45 minit.

Sunday, March 6, 2011

IKAN KUKUS

1 ekor bawal putih - basuh dan sapukan sedikit garam
1 potong halia - bersih dan mayang
1 tangkai daun ketumbar
2-3 tangkai cendawan - bersihkan dan mayang
1 batang daun bawang - potong anggaran 1 inci
garam,lada sulah, kicap cair, minyak

Rendam cendawan dalam air. Masukkan ikan dalam pinggan enamel dan bubuh cendawan dan halia di atasnya. Tuang secamca besar air, secamca besar  minyak, sedikit kicap cair dan tabur sedikit lada sulah di atas ikan.Kukus ikan selama 10 minit. Apabila ikan itu masak, matanya terjojol dan isinya mudah lekang dari tulangnya. Hidangkan dan hias dengan daun bawang dan daun ketumbar.

Friday, March 4, 2011

SAMBALPENGANTIN

600 g daging
50 g cili kering
150 g bawang merah
1/2 biji kelapa - ambil patinya
1 inci halia
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 sudu makan asam jawa
2 sudu makan gula
bawang goreng
garam

Potong daging lebar dan nipis. Bersihkan. Kisar cili kering, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Gaulkan bahan yang dikisar bersama daging. Masukkan garam dan gula. Perahkan air asam jawa. Masukkan santan. Panaskan minyak dan masukkan kesemua bahan tadi dan gaul sampai pekat. Bila sudah masak, angkat dan  taburkan  bawang goreng. Hiaslah mengikut citarasa anda.

Thursday, March 3, 2011

KUIH LAPIS


1 cawan gula
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3 cawan pati santan
pewarna

Masak gula dan suamkan. Gaul kedua-dua tepung dengan santan sedikit demi sedikit. Kacau jangan sampai berketul. Buatkan dua adunan untuk 2 warna pilihan anda. Sediakan periuk pengukus dan bekas . Kukus 1 senduk untuk satu warna selama lebih kurang 5 minit setiap lapisan. Buatlah bergilir-gilir sehingga adunan habis.

IKAN MASAK ASAM TUMIS


4 ekor ikan kembung/ 1 ekor bawal hitam/ 3 potong ikan tenggiri

4-5 biji cili merah
6 ulas bawang merah
2 labu bawang besar - dimayang bulat
1 batang serai
sedikit belacan
sedikit kunyit hidup
1 sudu besar asam jawa
garam, minyak

Basuh dan hiris serai, bawang dan lada. Tumbuk cili, bawang, serai, kunyit dan belacan. Basuh dan bersihkan ikan, lumur dengan sedikit garam. Sediakan 1 cawan air asam jawa. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk dan goreng ramuan yang ditumbuk selama 2 -3 minit. Masukkan garam dan separuh air asam jawa. Masukkan ikan dan biarkan mendidih perlahan-lahan selama 5 minit. Masukkan hirisan bawang besar. Tutup periuk dan biarkan kuah sampai mendidih. Sesuaikan rasanya ikut citarasa sendiri.

Wednesday, March 2, 2011

GULAI PENANG ALA BONDA

1/2 kg bawal hitam - siang dan bersihkan dengan garam kasar dan asam jawa
1/2 biji kelapa - ambil 2 mangkuk santan
1 peket rempah kari ikan
2 sudu besar serbuk cili
1/2 mangkuk air asam jawa
5 biji bendi - bersihkan
2 biji buah tomato hijau - basuh dan dibelah dua
6 - 7 ulas bawang merah
4 - 5 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 pokok daun bawang - basuh dan potong anggaran 2 cm
1 sudu makan garam kasar - tambah atau kurangkan ikut citarasa sendiri
1 sudu teh halba campur
1 senduk minyak masak
2 biji cili hijau/merah

Tumbuk 4 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih. Mayang bawang merah dan bawang putih yang bakinya. Bancuh rempah, serbuk cili dengan air asam jawa dan garam kasar. Masukkan bawang yang telah ditumbuk tadi. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah,bawang putih yang dimayang, daun kari dan halba campur hingga naik baunya atau bawang sudah kekuning-kuningan. Masukkan bancuhan rempah dan biar selama 10 minit. Kecilkan api dan kacau selalu agar rempah tidak hangus.

Masukkan santan dan biarkan mendidih. Masukkan ikan, bendi, tomato dan cili. Tutup periuk dan biarkan selama 15 minit lagi dalam api yang perlahan. Sesuaikan rasanya. Tutup api dan angkat periuk daripada api. Masukkan daun bawang dan tutup.

Monday, February 28, 2011

ABUK-ABUK

Gambar ihsanforum.wanitaniaga.com
4 auns sagu biji
1/4 buku gula melaka
1/4 biji kelapa parut - a mbil putih sahaja
1 sudu besar gula pasir
8 helai daun pisang - kira2 9 inci persegi
2-3 sudu besar air daun pandan pekat

Sediakan periuk kukus. Celur daun pisang dalam air panas. Basuh dan keringkan. Buat 8 kelongsong berbentuk kon. Potong gula melaka dan campurkan dengan gula pasir. Basuh dan toskan sagu biji dan warnakannya dengan air daun pandan. Gaulkan sagu dengan kelapa parut. Isikan tiap-tiapkelongsong itu dengan satu sudu besar campuran sagu tadi. Masukkan 1 sudu teh gula dan tutup gula dengan 1 sudu besar  lagi campuran sagu. Lipatkan kelongsong supaya rata tapaknya. Susun dalam kukus dan kukuslah selama 20 minit.

***Jika suka boleh juga dicampur dengan pisang raja yang sudah dihiris atau keledek yang sudah dipotong dadu.

Sunday, February 27, 2011

HALUA BETIK

1/2 biji betik muda
1 kati gula pasir
4 tahil gula batu
2 gelas air
sedikit garam dan kapur makan


Betik dibuang kulit dan direndam seketika dalam air garam. Gubahlah betik ikut sesuka hati dan rendam di dalam air kapur. Masak air gula dan sejukkan. Masukkan betik ke dalam air gula. Masukkan dalam bekas bertutup. Pastikan air gula ditambah selalu.

PUTU PIRING

2 tin susu tepung beras -dijemur kering
1/2 biji kelapa -ambil putih sahaja
sedikit garam
2 buku gula melaka - dilecek halus
daun pisang - potong bulat
kain jarang


Tepung beras dilembabkan dengan air, dikiraikan hingga jadi serbuk roti. Kemudian dibungkus dengan kain jarang dan dikukus hingga masak. Seelok-eloknya letakkan daun pandan di bawahnya. Bila layu menandakan tepung sudah masak, lepas itu diayak semula.

Panaskan acuan, mula taburkan sedikit tepung. Letakkan sedikit gula dan taburkan kembali tepung tadi. Tekan sedikit supaya tepung bersatu. Balut dengan kain yang telah dilembabkan. Kukus hingga masak.


Saturday, February 26, 2011

MASAK LODEH NENAS

1 biji nenas - buang kulit, bersihkan dan cincang halus2
4 tahil fuchuk - rendam
1/2 biji kelapa - ambil 2 mangkuk santan pekat
4 tahil soohoon - rendam
2 biji tauhu - dipotong dadu
2 biji telur
8 ulas bawang merah - dimayang
4 ulas bawang putih- dimayang

Potong soohoon dan fuchuk 1 -2 inci.. Pukul santan bersama telur. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu. Masukkan tauhu, soohoon, fuchuk dan nenas, Masukkan campuran santan dan telur. Masak hingga mendidih.

Thursday, February 24, 2011

LEPAT PISANG


1/2 paun pisang emas atau pisang raja
2 oz gula pasir
1/4 biji kelapa parut  (ambil putih sahaja)
1 1/2 oz tepung gandum
8 helai daun pisang (kira2 6 inci lebar)
2 helai daun pandan (basuh dan potong sepanjang 2 inci)

Sediakan pengukus. Layur kemudian lap daun pisang. Kupas pisang dan lecekkannya. Campurkan gula, kelapa dan tepung. Sediakan daun pisang. Letakkan sepotong daun pandan di atasnya. Masukkan satu sudu besar penuh campuran pisang tadi di atasnya. Bungkus dan kukus selama 15 -20 minit.

MEE JAWA

1 kg mee kuning
300 g sayur sawi - dipotong i inci panjang
300 g kobis - dicincang hallus
1 buku tulang daging
2 biji tomato - dihiris nipis
1 botol sos tomato
1 tin tomato heinz - sederhana
1 buku belacan
3 biji telur ayam - rebus, buang kulit dan belah 2
300 g udang - buang kepala dan ekor
1/2 kg daging
1 labu bawang besar
1/2 kg taugeh
6 biji cili merah
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji lobak merah
2 tangkai daun bawang
2 tangkai dun sup
1 paket sup bunjut
garam secukup rasa
1 sudu teh serbuk kunyit

Rebus daging bersama tulang. Masukkan sup bunjut. Bila daging sudah empuk, keluarkan dan hirislah nipis dan halus. Masukkan tomato heinz ke dalam air rebusan daging dan biarkan hingga mendidih. Gaul udang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, kemudian goreng. Gaulkan bahan kisar dengan sedikit air mendidih. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis bahan-bahan ini hingga naik baunya. Angkat dan asingkan.

Panaskan 3 sudu minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan segengam taugeh, sawi dan kobis. Biar sampai layu. Tuang 1 1/2cawan air rebusan tadi. Masukkan mee dan 1 sudu ramuan yang diasingkan tadi dan 1 sudu sos tomato. Tutup kuali sampai kuah mendidih.






Wednesday, February 23, 2011

ONDEH-ONDEH KELEDEK

1//2 kati keledek putih - cuci dan rebus atau kukus dengan kulitnya
1/2 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung gandum
1/4 gula melaka
1/2 sudu besar gula pasir
1/4 biji kelapa parut (ambil putih sahaja) - gaulkan dengan sedikit garam
1 - 2 sudu besar air daun pandan pekat

Potong-potongkan gula melaka dan campurkan dengan gula putih. Kupas keledek dan buang kulitnya. Lecek dan campurkan tepong yang sudah diayak supaya menjadi doh yang lembut. masukkan air daun pandan untuk mendapatkan warna yang cantik. Letakkan doh di atas papan canai yang ditabur tepung dan gentelkan sebesar biji guli. Lubangkan di tengahnya dan masukkan sedikit gula. Bulat-bulatkan seperti guli dan rebus di dalam air mendidih sehingga ia timbul. Toskan betul-betul kemudian gaulkan dalam kelapa parut.

KUIH DADAR (KETAYAP)

4 oz tepung gandum
1 butir telur
1/2 pt. air daun pandan
secubit garam
2 helai daun pandan

Untuk inti:
1/4 biji kelapa parut
1/2 buku gula melaka
1/2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh tepung ubi
secubit garam

Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk. Kuakkan ditengah-tengahnya. Masukkan telur dan 1/2 sukatan air pandan. Adunkan rata-rata supaya tidak bergentel. Pukul selama 10 minit. Tuang baki air pandan dan biarkan adunan beter itu selama 1/2 jam.

Masakkan intinya: Masak gula melaka dan gula pasir dengan 2 sudu besar air. Gaulkan kelapa dengan sedikit garam. Masukkan kelapa dalam gula tadi dan masak hingga kering. Masukkan tepung ubi yang telah dibancuh dengan sedikit air supaya intinya jadi sebati. Sejukkan inti itu.

Tuangkan beter kedalam sebuah jag. Simpulkan daun pandan supaya boleh digunakan untuk melenser. Panaskan kuali dan sapukan minyak dengan simpulan daun pandan tadi. Tuang secukup bancuhan beter untuk mendapatkan dadar nipis. Goreng hingga masak (kekuning-kuningan) sebelahnya. Angkat dadar , letakkan inti dan gulung dengan kemas. Ulangi hingga habis beter.
**Adunan ini menghasilkan 8 - 10 gulung kuih dadar. Gandakan sukatan untuk mendapatkan lebih banyak bilangan kuih.


Tuesday, February 22, 2011

KUAH KACANG ALA MAK TOK

30 biji cili kering - dikisar dengan sedikit air
1/2 kati kacang tanah
3 biji buah keras - ditumbuk
2-3 sudu kerisik
10 ekor udang kering -bersihkan dan tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
2 senduk sederhana gula
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
sedikit belacan
2 senduk minyak masak
garam secukup rasa

Goreng kacang tanah tanpa minyak dan kisar sampai hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Gaulkan kacang tanah dan cili kering yang telah dikisar bersama udang kering.Masukkan kesemuanya dalam bahan yang ditumis tadi. Biarkan sampai mendidih. Masukkan garam dan gula . Kacau biar sampai naik minyak. Masukkan air asam jawa dan tambah 1 cawan air lagi. Biar sampai mendidih sekali lagi.

Monday, February 21, 2011

KERABU PUCUK PAKU

4 tahil pucuk paku
2 sudu udang kering
10 biji cili padi
1 biji limau nipis
10 ulas bawang merah
2 cawan kelapa (dibuat kerisik)
1 inci belacan
1 cawan isi kerang yang sudah direbus

Pucuk paku dipotong antara 1-1 1/2  inci , dicelur dan toskan. Kisar udang kering, belacan, cili dan bawang. Gaul bersama kerisik dan sedikit garam. Masukkan kerang dengan perahan air limau nipis.Gaul rata sebelum dimasukkan pucuk paku. Gaul sekali lagi dan sesuaikan rasanya.

Sunday, February 20, 2011

KUAH DAL

1 kati daging lembu - dicincang
4 tahil kacang dal (parpu) - rebus hingga empuk dan ditoskan
2 tahil cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 buku halia - sebesar ibu jari
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 inci kulit kayu manis
3 cawan santan
1 kati ubi kentang - buang kulit dan potong dadu
asam jawa
3 tangkai daun kari
garam


Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga dikisar halus. Panaskan 1 senduk minyak dan tumis daun kari. masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Biar sampai pecah minyak. Masukkan daging. Masak biar sampai empuk. Kacau selalu. Masukkan santan dan sedikit air asam jawa. Masukkan kacang dal dan biar sampai mendidih, masukkan ubi kentang. masukkan garam secukup rasa. Masaklah sampai mesra semuanya.

Saturday, February 19, 2011

ROTI CANAI MAK JANG

resepiwarisanbonda.blogspot.com
1 kg tepung
1/2 tin susu pekat manis (manis cream creamer)
2 sudu teh garam - jangan penuh
1 1/2 gelas besar air (max)
1 sudu besar gula

Bancuhkan susu dengan air. Masukkan garam, gula (secukup rasa). Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli perlahan-lahan. Tepung tidak perlu dihabiskan kesemuanya. Bila semuanya sudah sebati dan cukup kelembutannya, simpan dan perap selama 1 jam.  Selepas itu bolehlah dibentukkan bulat-bulat. Sapu margerin semasa proses membulat secukupnya. Bila semuanya selesai, tutup tetapi jangan rapat. Esoknya barulah boleh ditebarkan.

SANDWICH SARDIN

resepiwarisanbonda.blogspot.com
1/2 buku roti
2 ekor sardin (dalam sos tomato)
1/4 biji timun
1/2 sudu besar bawang merah - dicincang
1/2 biji limau kasturi
mentega, garam, lada sulah

Sediakan inti - Masukkan bawang dalam mangkuk. Perah air limau ke atasnya. Gaul rata. Basuh dan hiris timun nipis-nipis. Buang tulang sardin dan hancurkan isinya. Campurkan bawang, lada sulah, garam serta sedikit kuah sardin kepada isi sardin tadi. Gaulkan rata.

Sapukan mentega pada roti dua dan aturkan berpasang-pasangan. Bahagikan inti mengikut berapa banyak sandwich yang hendak dibuat. Ratakan inti di atas tiap-tiap satu daripada 2 keping roti itu. Aturkan hirisan timun, tangkupkan dengan 1 keping roti lagi. Buang kulit-kulit roti itu dan potonglah mengikut bentuk yang dikehendaki

SANDWICH TELUR


1/2 buku roti sanwich
3 biji telur
1-3 sudu besar mayonis
1/4 biji timun
 mentega.garam, lada sulah
1biji tomato
daun salad

Rebus telur hingga masak. Sejukkan dalam air sejuk. Basuh dan cincang timun atau boleh juga dipotong nipis-nipis. Buang kulit telur dan hancurkan telur dengan garfu. Campurkan mayonis, garamdan lada sulah. Gaulkan rata sampai mesra. (kalau timun tadi dicincang, gaulkan bersama dalam inti ini). Sapukan roti dengan mentega. Jika suka , susun hirisan timun salad dan tomato. Masukkan inti dan buang kulitnya.  Potonglah ikut bentuk yang dikehendaki.

Friday, February 18, 2011

ROTI TELUR GORENG

2 keping roti
1 biji telur
2 camca besar susu
sedikit garam
minyak/mentega
jem atau madu
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan garam dan susu. Pukul dengan garfu. Panaskan minyak (2 sudu ) dalam kuali. Potong roti kepada 2 bahagian dari pepenjuru membentuk segitiga. Celupkan roti ke dalam campuran telur. Goreng roti sekeping-sekeping hingga berwarna keperang-perangan kedua-dua belah roti itu. Toskan secukupnya dan hidangkan dengan jem atau madu.

TELUR MASAK HANCUR

2 biji telur
2 camca besar susu
1 camca teh mentega
4 keping roti
garam dan lada sulah

Pukul telur supaya bercampur kuning dan putihnya. Masukkan garam, lada sulah dan susu. kacau sehingga sebati. Cairkan mentega dalam periuk kecil dan curahkan campuran telur tadi. Masaklah dengan api yang sederhana dan manakala telur mula pekat, kacaulah perlahan2 supaya tidak lekat.Biarkan hingga rata masaknya. Hidangkan segera di atas roti bakar panas bermentega dan hiaskan dengan setangkai pasli.

****Resepi simple aje

Thursday, February 17, 2011

KAZIKMA BONDA

1 kati daging
1 labu bawang besar - potong bulat
2 biji cili merah
1/2 botol tomato soup
minyak sapi
1 tin susu cair
bawang goreng
sedikit daun bawang dan daun sadri

Bahan dikisar
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu teh lada putih
1 sudu teh (rata) jintan manis
sedikit kulit kayu manis
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih

Bersihkan daging. Potong kepada empat bahagian. Gaul dengan bahan yang dikisar. Campurkan tomato dan susu cair. Rebus dengan api yang sederhana sehingga daging empuk. Masukkan sedikit minyak sapi dan biar sampai pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan bawang besar.Angkat dari api dan masukkan dalam bekas. Taburkan bawang goreng, hirisan daun bawang dan daun sadri.

NOTA: Hidangan ini sesuai untuk pengantin. Lubangkan separuh nenas atau buatkan raga daripada nenas. Tuang daging tadi dan hiaslah mengikut cita rasa anda.

Wednesday, February 16, 2011

ACAR NENAS BONDA

1 biji nenas sederhana masak -belah 16 dan potong kecil2
1 cawan cuka (anggaran)
1 cawan cili giling
1/2 kati bawang merah - dibuang kulit dan dibersihkan
3 labu bawang putih - dibuang kulit dan dibersihkan
10 biji cili hijau - dibelah 2 dan dibuang biji, bersihkan
2 kotak kismis kuning
3 cawan gula (anggaran)
3 sudu bijan - goreng tanpa minyak
(kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)- bahan tumis

Basuh nenas dan letakkan dalam penapis. Celur dengan menuangkan air yang baru mendidih. Toskan. Buat langkah yang sama pada bawang putih , bawang merah dan cili hijau. Mayang 2 ulas bawang putih dan 4 ulas bawang merah. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang bersama bahan tumis. Masukkan cili dan goreng hingga garing. Tuangkan cuka dan 1 cawan air. Biarkan sampai mendidih. Masukkan gula. Kacau selalu sampai pekat. Masukkan nenas, bawang cili hijau dan kismis. Rendidih dengan api yang sederhana. Masukkan bijan dan rendidih lagi selama 20 minit.

Tuesday, February 15, 2011

NASI ULAM MAK TOK

1 biji kelapa untuk dibuat kerisik
segenggam udang kering - goreng tanpa minyak
1 ikat daun
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
4 - 5 cm isi ikan kering (talang/plotan) - bakar
5 inci lengkuas
4-6 batang serai
2 inci halia
1 labu bawang besar

Tumbuk lada. Tumbuk ikan kering dan udang kering yang telah digoreng. Asingkan semua bahan. Tumbuk lengkuas, serai dan halia juga berasingan. Tumbuk kerisik jangan sampai berminyak. Hiris daun halus-halus. Mayang bawang besar. Campurkan semua adunan dan campurkan semua bahan. Gaulkan adunan dengan nasi yang telah disejukkan (anggaran 1 pinggan tambah. (Sesuai dimakan dengan sayur keladi)

****Daun-daun nasi ulam ( 10 - 12 jenis dah memadai, kalau dapat semua lagi baik, awet muda)

-daun kaduk, pucuk cememak,pucuk cenerai, daun pedina, pucuk gajus, daun pegaga, daun bebuas, daun lemuni hitam dan lemuni putih, pucuk beluntas, daun daun cenehom, selom, ulam raja, pucuk daun kari, daun sekentut, daun mengkudu, pucuk putat, daun kunyit, daun cekur, daun jintan hitam, daun ruku, daun mata itik, pucuk cermai, daun lemuju, pucuk mempelam, pucuk jambu mawar, daun limau purut, daun gorek, daun mangkuk, daun sabung nyawa, daun peria pantai.

AYAM PANGGANG BERSANTAN

(Cara Minangkabau)

1 ekor ayam sedang besarnya
1 mangkuk sedang pati santan kelapa tua
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 batang serai
5 biji cili merah
1 inci kunyit
2 biji buah keras
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
asam jawa dan garam secukup rasa

Ayam dibersihkan dan dibelah dua. Semua bahan kecuali asam jawa hendaklah dikisar halus. Tumis bahan kisar dengan minyak secukupnya hingga masak. Masukkan ayam dan digaul rata terutama disebelah dalam ayam. Biarkan sebentar dan tutup rapat-rapat hingga mengeluarkan wap. Bila ayam sudah empuk, masukkan santan. Tutup dan biarkan hingga mendidih. Kacau dan masukkan garam. Masukkan air asam jawa.-Bonda

Sunday, February 13, 2011

KERABU BIHUN

1 keping bihun
20 g udang kering - basuh dan rendam
1 mangkuk kecil taugeh
6 batang kucai
1 batang daun sup
4 ulas bawang merah - dimayang
1/2 biji kelapa parut
1 biji telur - direbus

Bahan untuk sambal
6 biji cili merah
belacan sebesar ibu jari - dibakar
2 biji limau nipis
3/4 sudu teh garam

Rendam bihun selama 20 minit dan toskan. Bersihkan semua sayuran. Potong kucai dan daun sup sepanjang 2 inci. Celur bihun, taugeh dan kucai berasingan. toskan.

Goreng kelapa parut sebanyak 4 sudu di atas api yang kecil hingga kekunig-kuningan. Tumbuk halus dan jangan sampai pecah minyak. Perah satu cawan pati santan dari kelapa yang selebihnya. Goreng udang kering tanpa minyak dan tumbuk.

Tumbuk cili merah, belacan dan garam untuk dibuat sambal. perahkan air limau nipis. Campurkan semua bahan sehingga sebati.




STEAK IKAN BAWAL

1 ekor ikan bawal besar
3 labu bawang besar - belah 4
3 sudu kicap pekat
4 sudu minyak sapi
8 kuntum mushroom
1 inci halia - ditumbuk
2 batang serai - dimayang dan ditumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
4 sudu taucu
7 sudu susu tepung - bancuh dengan 1 mangkuk air panas

Bahan-bahan untuk dikisar
3 inci halia sebesar ibu jari
10 biji cili kering
10 ulas bawang putih


Ikan disiang dan dikelar. Panaskan minyak sapi. Masukkan bahan-bahan yang dikisar hingga naik baunya. Masukkan taucu, air susu dan kicap dan biarkan sampai mendidih. Gaulkan ikan bersama halia, serai dan sebuk kunyit. kukus bersama mushroom dan bawang besar. Apabila ikan masak, masukkan ke dalam kuah tadi dan masak sehingga sebati.

NASI TOMATO


2 cawan beras
3 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
3 oz tomato tin
½ cawan bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih -ditumbuk
2 biji bawang putih
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 cm halia - ditumbuk
Garam,kismis,
10 biji buah badam – goreng tanpa minyak

Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak sapi. Masukkan buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Biarkan sampai naik bau.Masukkan beras, tomato, garam dan air. Tutup dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu,masukkan badam. Kacau rata-rata. Akhir sekali masukkan kismis dan bolehlah dihidangkan.

NASI BERIANI

4 biji cili hijau - dicincang halus
3 cawan susu Ideal
3/4 cawan air
2 cawan air limau ayau cuka
1/2 ekor ayam - dibelah 4
1/4 cawan minyak sapi
1 labu bawang besar - dicincang halus
7 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu teh jintan putih
2 inci kulit kayu manis
1 sudu teh halia yang sudah ditumbuk
3/4 sudu teh serbuk kunyit
2 kiub pati ayam
2 cawan beras

Bersihkan ayam dan perap bersama susu cair dan air limau selama 20 minit. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar hingga kekuning-kuningan. Masukkan bawang putih, cili hijau, bunga cengkih, kulit kayu manis, jintan putih dan halia. Kacau selama 2 - 3 minit. Masukkan ayam dan kunyit. Tutup periuk dan tunggu hingga ayam lembut. Keluarkan ayam dan asingkan. Tambahkan air ke dalam periuk sehingga menjadi 2 1/2 cawan, kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga hancur. Masukkan beras dan biarlah sampai nasi masak.

*Ayam boleh digantikan dengan 300 g daging.

Saturday, February 12, 2011

IKAN BAKAR BERINTI



















2 ekor ikan cencaru
1/4 biji kelapa
2 helai daun kunyit
10 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
10 biji cili kering
1 sudu jintan manis
garam dan gula secukup rasa

Ikan disiang dan dibuang perut serta di belakang. Kisar kelapa, bawang putih, lada hitam cili kering, garam dan gula hingga sebati. Potong daun kunyit dan gaulkan bersama bahan yang dikisar dan sumbat ke bahagian belakang ikan tadi. Ikat ikan dengan dawai dan bakar.

BIHUN SUP

4 ketul tulang lembu
1 bungkus bihun
2 biji telur
300 g daging - rebus dan potong nipis
300 g lobak masin - potong dadu
2 biji lobak merah - potong dadu
2 biji ubi kentang - potong dadu
5 sudu minyak makan
2 biji telur - rebus
1 sudu serbuk kunyit
daun bawang - potong panjang 1 inci
daun sup - potong sepanjang 1 inci

Bahan yang perlu dikisar
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 buku halia sebesar ibu jari

Rendam bihun dengan serbuk kunyit (lebih kurang 1-2 jam). Sesudah kembang, toskan. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak hangit. Masukkan sedikit air. Perlahankan api. Masaklah hingga naik baunya. Masukkan tulang daging dan 4.5 liter air. Rebuslah tulang hingga mendidih. Masukkan kentang dan lobak merah Biarkan terus mendidih selama 15 minit lagi. Masukkan daun sup dan daun bawang ke dalam air rebusan.

Cara menghidang
Celur bihun. Letakkan dalam pinggan. Letakkan hirisan daging, telur dan lobak masin. Tuangkan sup dan taburlah bawang goreng. Kalau nak pedas buatlah sambal kichap.

SUP SAYUR SAWI

1/2 kg sawi - dibersihkan dan dipotong
15 ekor udang - dibuang kulit dan dibersihkan
5 biji fish ball - dibelah empat
4 ulas bawang putih - ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 sudu minyak
3 cawan air
garam, gula

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai kekuning-kuningan. Masukkan air,fish ball dan udang. Biarkan hingga mendidih. Masukkan sayur bersama garam dan sedikit gula. Kacau hingga rata dan angkat. Sayur jangan dibiarkan terlampau layu.

Friday, February 11, 2011

ACAR MENTAH

1 biji nenas sederhana besar
2 biji timun
2 labu bawang besar - belah 2 dan dihiris nipis
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 - 4 sudu cuka
1 sudu gula
garam secukup rasa

Buang kullit nenas. Belah empat dan buangkan sedikit bahagian yang keras. Potong nipis-nipis. Timun dibersihkan dan dibelah dua. Potong nipis-nipis. Cili merah dan cili hijau dibuang bijinya, dan dipotong memanjang. Campurkan semua bahan yang telah dipotong. Masukkan garam, gula dan cuka. Gaul hingga rata.
Bagi mereka yang suka pedas, bolehlah gantikan cili hijau dengan cili padi.

Thursday, February 10, 2011

IKAN MASAM MANIS

1 ekor ikan bawal atau ikan kurau
3 1/2 cawan air
2 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
3 sudu makan gula pasir
1 sudu makan sos tiram
1 1/2 sudu makan cuka (kalau suka)
1/2 sudu makan tepung jagung -dibancuh dengan sedikit air
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
1 tangkai daun bawang - potong 1 inci panjang
minyak masak

Bersihkan ikan. Lumur dengan lada sulah, garam dan sedikit air halia. Panaskan minyak dan goreng ikan sampai kekuning-kuningan. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
Panaskan kuali dengan 3 sudu sedang minyak tadi. Masukkan semua jenis sos. Masukkan air, gula, cuka dan garam secukup rasa.Masukkan air tepung jagung.Kacau hingga masak. Masukkan daun bawang. Tuangkan ramuan ini ke atas ikan.

Wednesday, February 9, 2011

JERUK TAUHU

10 keping tauhu (dipotong 6-8)
1 sudu minyak makan
5 ulas bawang putih - dimayang
10 ulas bawang merah - dimayang
1 cawan susu cair
1/2 cawan cuka padi
2 sudu kicap pekat
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk dikisar
4 biji buah keras
1 potong halia
1 batang serai
15 biji cili burung (padi)
1 sudu sedang gula merah
1 camca teh garam

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu. Masukkan bahan-bahan yng dikisar dan goreng hingga naik baunnya. Masukkan susu cair. Biar selama 15 minit dengan api yang perlahan. Masukkan tauhu, biar sampai mendidih. Renihkan hingga tauhu masak.

Tuesday, February 8, 2011

PINDANG REMPAH SOTONG

1/2 kg sotong basah - bersihkan
3 sudu besar minyak kelapa
2 ulas bawang putih - dicincang halus
6 ulas bawang merah - dimayang
1 labu bawang besar - dicincang
1 batang serai - dihiris nipis
i inci halia sebesar ibu jari
1 inci lengkuas sebesar ibu jari
2 helai daun limau purut
1/2 cawan air
1/2 cawan biji badam - dikisar
2 sudu teh air limau
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk dikisar
2 biji cili merah
5 sudu teh lada sulah
1 sudu teh biji rempah - goreng tanpa minyak
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/2 inci kunyit hidup sebesar ibu jari
1/2 inci belacan - dibakar

Panaskan minyak. Goreng bahan-bahan yang dikisar sampai kekuning-kuningan.Masukkan serai sampai hilang baunya. Masukkan halia, lengkuas, daun limau purut dan air (1/2 cawan). Masaklah hingga mendidih. Masukkan sotong bersama badam serta garam. Kacaulah perlahan-lahan sehingga sotong layu. Tuangkan air limau, tambah air jika perlu biar sesuai dengan kehendak sendiri. Tutup dan biar sampai mendidih. Hidangan ini sedap dimakan semasa panas.

Monday, February 7, 2011

KARIPAP

Bahan-bahan untuk kulit
600 g tepung gandum
4 oz margerin
sedikit air

Bahan-bahan untuk inti
300 g daging cincang
1 biji bawang besar - dipotong dadu
4 biji ubi kentang / keledek - dipotong dadu

Bahan-bahan rempah
2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu sedang jintan manis
1/2 sudu sedang jintan putih
7 biji cili kering
3 biji lada hitam
1/2 sudu teh serbuk kunyit

Bahan untuk tumis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis

Mesin kesemua bahan untuk rempah hingga hancur. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan tumis. Masukkan rempah yg dikisar, masukkan sedikit garam dan gula. Setelah agak sebati, masukkan daging dan tutup sebentar lebih kurang 10 minit. Masukkan ubi kentang/keledek. Biar sampai empuk baru dimasukkan bawang besar dan sedikit air. Kacaulah sehingga masak.

Untuk kulitnya pula, ayak tepung dalam mangkuk. Bancuh 1 sudu teh garam. Tuang ke dalam tepung. Masukkan margerin, gaul dengan menggunakan hujung jari. Setelah rata masukkan air. Ulilah hingga jadi sebuku roti. Canaikan tepung lebih kurang 1/2 cm tebal. Terap dengan acuan. Masukkan inti, kelim tepinya, kemudian goreng hingga masak kekuning-kuningan.





Saturday, February 5, 2011

SATAY

Bahan-bahan untuk daging

600 g daging - (dipotong nipis)
4 batang serai (dipotong halus)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia - sebesar ibu jari
1 sudu serbuk kunyit

Semua bahan dimesin, kecuali daging. Gaulkan bahan yang dimesin bersama daging. Masukkan 4 sudu makan gula , 1 sudu teh garam dan peramlah hingga keluar air (lebih kurang 15 minit).
Semasa membakar, renjislah dengan santan, minyak kelapa dan sedikit kunyit.

#Kalau gunakan ayam 1 ekor - sukatan gula ialah 600 g.

bahan-bahan kuahnya.

600 g kacang tanah - goreng tanpa minyak dan dimesin
6 cawan air
75 g bijan - goreng tanpa minyak hingga kekuningan
50 g biji gajus - goreng tanpa minyak dan ditumbuk
100 g udang kering - goreng tanpa minyak dan ditumbuk
50 g kerisik
600 g gula putih
1 sudu garam halus
20 biji cili kering - dimesin
2 biji buah keras - ditumbuk halus
2 batang serai - diketuk
Minyak untuk menumis

Tumis cili yang dah dimesin bersama udang kering, biji gajus, buah keras sampai garing
Masukkan kacang dan kerisik. Masukkan air. . Biar sampai mendidih. Masukkan garam dan gula. Renihkan selama 20 minit.Biar sampai kuah pekat. Masukkan serai dan biar sampai naik minyak.

Thursday, February 3, 2011

SAMBAL NYIUR DAUN PUDINA

Bahan A
15 biji cili muda
1/4 biji kelapa parut
10 biji bawang merah

Bahan B
20 tangkai daun pudina - dimayang
4 tangkai daun kari - dimayang

asam jawa secukup rasa
garam


Tumbuk kesemua bahan A sampai lumat. Masukkan garam dan air asam jawa. Masukkan Bahan B. Gaul rata.

Wednesday, February 2, 2011

ACAR SAYUR CAMPUR

15 batang kacang panjang (potong anggaran 3 cm)
300 g kobis (dimayang)
2 biji timun (dibuang pulurnya- dipotong anggaran 3 cm)
6 biji cili merah
6 biji cili hijau (dibelah dua)
2 sudu besar kapur makan
4 ulas bawang putih(dimayang)
8 ulas bawang merah (dimayang)
1/2 cawan cuka
air secukupnya untuk merebus sayuran
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan bijan (digoreng tanpa minyak hingga kekuningan)
2 sudu minyak masak

Bahan untuk dimesin
10 biji buah keras
2 cm belacan
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
15 biji cili kering
1/2 cawan udang kering

Sayur-sayuran tadi direbus setengah empuk. Diangkat dan dibilas bersih. Toskan hingga kering airnya. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kuning. Masukkan bahan yang dimesin tadi. masak hingga hilang baunya. Masukkan gula,cuka dan garam. Masak hingga mendidih. Kecilkan api, masukkan bijan . Masukkan sayuran dan kacau perlahan-lahan sekali sekala. Masak lebih kurang lima minit. Hidangkan dan biarkan sejuk baru sedap dimakan.




Tuesday, February 1, 2011

MASAK AYAM TIGA JANDA

Bahan :
1 ekor ayam (sederhana besarnya)
20 biji cili merah
2 biji buah tomato
10 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
1 mangkuk pati santan
2 sudu kicap manis
1 sudu kicap pekat
1/4 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula putih
garam secukup rasa

Rebus cli merah hingga lembut. Mesin bersama tomato hingga hancur. Gaulkan ramuan ini bersama ayam. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Masukkan ayam dan pati santan. Masak hingga ayam empuk. Masukkan air asam, gula putih, kicap manis dan kicap pekat. Masukkan garam secukup rasa. Didihkan dengan api yang perlahan hingga setengah pekat kuatnya.

Selamat mencuba.

Saturday, January 29, 2011

BAWAL GORENG 123

Bahan
1 ekor ikan bawal (sederhana besar)- siang dan bersihkan
15-20 biji cili padi (hijau)- potong dadu
6 ulas bawang merah- dimayang
2 sudu kicap manis
i sudu sos tiram
minyak, garam, serbuk kunyit

1. Kelar ikan bawal setelah dibersihkan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing dan letakkan dalam bekas yang beralas daun salad.
2. Panaskan lebih kurang 3 sudu minyak goreng ikan tadi. Tumis bawang dan cili padi sehingga kekuning2an.
3. Masukkan kicap dan sos tiram. Tuangkan ramuan ke atas ikan goreng tadi bersama minyaknya sekali.
*Sedap dimakan panas-panas.



Friday, January 28, 2011

MASAK KICAP DAGING MARVELOUS


1/2 kg daging- potong nipis
2 biji kentang - potong nipis bulat -bulat
10 biji cili padi - potong serong
2 labu bawang besar - dihiris bulat
2 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh serbuk kunyit
5 sudu makan kicap cair
3 cawan air
Minyak masak
1 tangkai daun sup
1.Rebus daging bersama serbuk kunyit, rempah kurma dan kicap manis sampai empuk.
2.Gaul hirisan kentang dengan garam dan kunyit.
3. Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kekuning2an. Masukkan bawang dan cili padi.
4. Tuang bahan yang ditumis kedalam rebusan daging. Gaul rata. Tutup api , masukkan daun sup yg telah dipotongdan masakan sedia dihidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...