Tuesday, August 7, 2012

LAKSA JOHOR

ULAM
500 g taugeh - celur
2 labu bawang besar - hiris
daun kesum - hiris
daun selasih - hiris
bunga kantan - hiris
timun - hiris
limau kasturi - belah dua
cili padi - potong dadu

SAMBAL 
6 biji cili merah
3 cm belacan - dibakar
(bahan ditumbuk halus)

BAHAN LAIN
2 kotak spaghetti
8 ekor ikan kembong - siang dan bersihkan
7 keping asam gelugur
3 peket rempah kari ikan - bancuh dengan sedikit air
3 mangkuk santan
1/2 biji kelapa- untuk kerisik
1 sudu besar gula
6 sudu besar minyak masak
garam - secukup rasa
air

BAHAN KISAR
300 g udang kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Rebus ikan dengan asam gelugur(4 keping) dan secamca teh garam. Setelah masak, tapis air rebusan dan ketepikan.Buang tulang ikan dan kisar. Didihkan 3 mangkuk besar air dalam periuk. Masukkan sedikit minyak masak. Masukkan spaghetti dan rebus hingga lembut. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Setelah naik bau, masukkan bancuhan rempah kari dan masak sehingga garing dan naik bau sekali lagi. Masukkan air rebusan bersama isi ikan yang telah dikisar. Didihkan selama 15 minit. Masukkan pula santan dan masak selama 15 minit lagi. Barulah dimasukkan kerisik, asam gelugur(3 keping) garam dan gula. Hidangkan bersama ulam dan sambal.


Monday, August 6, 2012

NASI DAGANG KELANTAN

4 cawan beras nasi dagang - direndam semalaman
1 biji kelapa - 1 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia - dihiris
halba - secukupnya
garam - secukupnya
gula - secukupnya


Kukus beras yang telah direndam sehingga separuh masak. Angkat dan gaul dengan santan cair. Kukus semula sehingga betul-betul masak. Angkat dan gaul dengan santan pekat. Campurkan garam secukupnya. Campurkan juga halia, halba, bawang merah dan bawang putih. Kukus sebentar dan hidangkan bersama kari ikan/daging/ayam dan acar.



UDANG GORENG ASAM

1 kg udang besar - belah belakang dan bersihkan
10 g belacan - bakar
30 g asam jawa - perah, ambil airnya
2 labu bawang besar - dimayang
2 inci halia - dicincang
6 ulas bawang merah - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1-2 sudu makan gula
2 batang serai - dititik
10 g tauchu
1 tangkai daun bawang - potong sepanjang 2 inci
garam halus secukup rasa
100 g minyak masak
kunyit

Lumurkan udang dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak dalam kuali , goreng udang sehingga kekuningan dan toskan. Tumiskan bahan yang dicincang ke dalam minyak tadi  hingga garing. Masukkan serai, belacan, air asam jawa dan taucu. Masukkan garam dan gula. Kacau seketika. Masukkan bawang besar. Masukkan udang dan gaul rata. Akhirnya masukkan daun bawang dan tutup api.



TELUR MASAK LEMAK CILI PADI

5 biji telur (seeloknya telur itik)
15 - 20 biji cili padi (ikut rasa sendiri)
1 biji kelapa - perah, bahagikan 2 ( pati  dan santan pekat)
10 biji belimbing buluh - pecahkan dengan anak batu dan buang jusnya
2-3 helai daun limau purut
garam - ikut rasa
kunyit

Tumbuk kunyit, garam dan cili padi sampai lumat. Masukkan dalam periuk/belanga. Tuangkan santan pekat. Masak di atas api yang sederhana sehingga mendidih. Kecilkan api dan pecahkan telur sebiji-sebiji. Biarkan sebentar sehingga putih telur keras, kemudian terbalikkan. Pastikan telur merah tidak pecah. Kacau perlahan-lahan. Bila telur keras dan kuah mulai pekat, masukkan belimbing dan pati santan. Akhirnya masukkan daun limau purut. Biarkan sebentar dan bolehlah dihidangkan.

Sunday, June 17, 2012

NASI GORENG BIASA2 JE


2 mangkuk sederhana nasi
10 ekor  udang hidup (sederhana besar)
1 biji telor
8 biji kacang buncis/ 4 biji kacang panjang - bersihkan dan potong dadu
3 ulas bawang merah - bersihkan dan mayang
2 helai daun bawang - bersihkan dan potong dadu
minyak
garam halus
gula
kichap
lada sulah
bawang goreng

Buang kulit udang, basuh dan potong dadu. gaulkan dengan sedikit garam dan gula. Pukul telor dengan sedikit garam dan lada sulah. Panaskan 1 camca minyak dalam kuali dan buat telor dadar. Angkat, potong dan simpan untuk hiasan.
Panaskan 3 camca minyak dalam kuali. Tumis bawang. Goreng udang dan masukkan kacang. Balik2kan semuanya dan masukkan 2 camca besar air, garam, kicap dan lada sulah secukup rasa. Bila udang dan kacang sudah masak, masukkan nasi dan goreng dengan api yang sederhana selama 5 minit. Masukkan perisa dan hidangkan dengan dihiasi telur dadar, bawang goreng dan daun bawang. Kalau hendak pedas, bolehlah ditabur dengan hirisan cili padi.



AYAM PERCIK ALA KAMPUNG

1/2 ekor ayam- bersihkan
1 inci halia - tumbuk halus
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk

1/2 cawan air asam jawa
4 sudu makan gula
garam
minyak
 

Bahan A untuk dimesin
15 biji cili kering
1 cawan kacang tanah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Gaul ayam dengan bawang, halia dan sedikit garam. Perap selama satu jam. Panaskan periuk. Masukkan minyak dan tumis bahan A. Setelah naik bau, masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masak hingga sebati. Tambahkan air jika perlu.
Gaulkan campuran yang dimasak dengan ayam dan bakar.

AYAM PERCIK STYLE HOTEL

1/2 ekor ayam- bersihkan
2 inci halia - tumbuk halus
5 ulas bawang merah - tumbuk halus
Sedikit garam

Bahan B
1 cawan susu tepung yang siap dibancuh atau 1 cawan susu segar
1 biji limau nipis (perah ambil airnya)

Campurkan bahan B dan simpan semalaman. Perap ayam, halia , bawang dan bahan B. Bakar dan percik minyak.

KEK BALDU

10 biji telur ayam
1 tin kecil margerin
1 sudu teh baking powder
4 cawan tepong gandum
4 jenis pewarna
3 cawan gula kasar

Pukul telur dengan gula sampai kembang. Kacau gula dengan margerin dan masukkan ke dalam adunan telur. Kacau hingga sebati. Ayak tepung bersama baking powder ke dalam adunan. Gaul hingga rata. bahagikan empat dan masukkan pewarna setiap satunya. Aturkan ke dalam acuan mengikut citarasa sendiri dan bakar.

AIR LIMAU

3 biji limau manis / 4 biji limau nipis/ 8 biji limau kasturi
3 sudu besar gula pasir
1/4 pain air mendidih

Basuh dan lapkan buah2 limau itu. Parut kulit luarnya sahaja ke dalam sebiji mangkuk. Masukkan gula dan tuang air panas yang baru masak. Tutup dan biarkan selama 15 minit.
Limau dibelah  dua mielintang. Potong sehiris dua untuk hiasan, kemudian perah airnya ke dalam satu bekas daripada baki limau itu. Tapis air limau dan air gula yang telah disejukkan ke dalam sebiji  jag. Tambahkan air minuman supaya menjadi 2 pain. Sejukkan dalam peti ais.
Sebelum dihidangkan, masukkan beberapa ketul ais dan letakkan limau yang dihiris nipis tadi di mulut jag.

Monday, March 12, 2012

KUIH TALAM TEPONG BERAS

Sumbangan :  myResepi : mamaJay


BAHAN -BAHAN A

2 cawan tepung beras ( cap bunga teratai )
1 cawan air gula merah ( 1/2 kilo gula merah di masak + 2 cawan air )
1/2 cawan gula pasir
4 1/2 cawan santan cair


Bancuhkan kesemua bahan dan tapis di dalam kuali.
Kacau sehingga pekat dengan api sederhana.
Masukkan ke dalam acuan berukuran 26 cm.
Kukus selama 20 minit.


BAHAN-BAHAN B ( untuk kepala )


1 cawan tepung beras
4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
1 1/2 sudu kecil garam

Satukan kesemua bahan dan kacau di dalam kuali sehingga pekat.
Tuang ke dalam adunan A tadi dan kukus lagi selama 1/2 jam.
Buka penutup kukusan dan biarkan sebentar.
Apabila wap dah kering tutup api dan sejukkan.

Saturday, March 3, 2012

NASI GORENG BELACAN IKAN BILIS

(SUMBANGAN NAJIB)

1 mangkuk nasi putih
1 stngah biji bawang merah dan 4 ulas bawang putih (dihiris)
1 tangkai cili merah (dihiris)
150 gram ikan bilis (di kisar)
Sedikit belacan atau sdikit udang kering yang telah di tumbuk 
10 gram ayam (di cincang)
10 gram daging lembu (di cincang)
10 gram sotong (di potong kcil-kecil)
10 gram udang basah (di buang kulitnya)
Sedikit cili api (di hiris)
sedikit sayur sawi atau bunga kubis ( di hiris)
sedikit daun sup (di hiris)
Minyak masak,garam,aji nomoto dan sos tiram secuku rasa.

Cara-Cara Membuatnya
______________________

1) Panaskan minyak masak di dalam kuali.

2) Tumiskan bawang besar dn bawang putih,cili merah,belacan atau udang kering yang di tumbuk hingga wangi.

3) Setelah itu masukkan ikan bilis yang dikisar hingga wangi.Masukkan sedikit air secukup rasa sekira kering.

4) Setelah itu,masukkan ayam,daging,sotong dan udang basah.

5) Setelah itu,masukkan sedikit garam,aji nomoto,dan sos tiram secukup rasa.Kacao rata rata.Masukkan air secukup rasa bila kering.

6)Setelah itu,masukkan nasi putih dan sayur sawi atau bunga kubis yang di hiris.Kacau rata-rata.masukkan sedikit garam dan aji nomoto sekira tidak cukup rasa.

7) Setelah itu,boleh la dihidangkan di dalam pinggan,dan taburkan sedikit cili api dan daun sup di atas nasi yang telah di hiris.

8) Sedia di hidangkan dan di nikmati resepi nasi goreng ikan bilis belacan ciptaan saya.Selamat mencuba!

Saturday, February 4, 2012

PERCIK AYAM

1 ekor ayam sederhana besar - potong 4

1 1/2 biji kelapa
1 biji limau nipis
gula, garam

Bahan untuk dikisar halus:

4 labu bawang besar (sedang)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
2 hirisan nipis lengkuas
2 biji cili merah (belah dan buang biji)
2 sudu serbuk kaskas
sedikit belacan (jika suka)

Ambil 1/4 bahan yang dikisar dan lumurkan pada ayam bersama gula dan garam. Perapkan seketika. Sementara itu perahkan kelapa bersama air untuk mendapatkan 4 gelas pati santan.Gunakan 1 gelas pati santan untuk merebus ayam yang telah diperap tadi. Selebihnya buatkan kuah percik. Bila ayam yang direbus hampir masak, angkat dan toskan. Masukkan 3/4 bahan kisar bersama santan ke dalam periuk dan masakkan menjadi kuah percik. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Bakar ayam hingga kekuning-kuningan, basahkan dengan kuah percik serta balik-balikkan. Lakukan beberapa kali hingga ayam betul2 masak.

PUDING SAGU

4 oz sagu biji
1/2 biji kelapa
2 helai daun pandan
1/2 keping gula melaka
3 oz gula
sepengapit garam

Basuh dan rendam sagu biji selama 15 minit. Toskan sagu dan masukkan ke dalam periuk yang menggelegak airnya. Masak sagu hingga jernih dan tuangkan ke dalam tapis. Kemudian curahkan air sejuk ke atasnya bagi membuang kanji yang berlebihan. Masukkan sagu ke dalam acuan yang telah dibasahkan dan masukkan ke dalam peti ais.

Larutkan gula melaka dan gula pasir dalam 1/2 pain air. Jerangkan sehingga gula itu hancur. Masukkan daun pandan dan masak selama 2 atau 3 minit lagi. Tapiskan larutan itu ke dalam jag.

Masukkan 1/4 pain air sejuk ke dalam kelapa parut dan perah kira2 1/2 pain pati santan. Tapiskan santan ke dalam jag.

Hidangkan puding sagu itu ke dalam mangkuk puding atau gelas aiskrim dengan air gula dan santan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...