Gambar ihsanforum.wanitaniaga.com
4 auns sagu biji1/4 buku gula melaka
1/4 biji kelapa parut - a mbil putih sahaja
1 sudu besar gula pasir
8 helai daun pisang - kira2 9 inci persegi
2-3 sudu besar air daun pandan pekat
Sediakan periuk kukus. Celur daun pisang dalam air panas. Basuh dan keringkan. Buat 8 kelongsong berbentuk kon. Potong gula melaka dan campurkan dengan gula pasir. Basuh dan toskan sagu biji dan warnakannya dengan air daun pandan. Gaulkan sagu dengan kelapa parut. Isikan tiap-tiapkelongsong itu dengan satu sudu besar campuran sagu tadi. Masukkan 1 sudu teh gula dan tutup gula dengan 1 sudu besar lagi campuran sagu. Lipatkan kelongsong supaya rata tapaknya. Susun dalam kukus dan kukuslah selama 20 minit.
***Jika suka boleh juga dicampur dengan pisang raja yang sudah dihiris atau keledek yang sudah dipotong dadu.
No comments:
Post a Comment