1 kg udang besar - belah belakang dan bersihkan
10 g belacan - bakar
30 g asam jawa - perah, ambil airnya
2 labu bawang besar - dimayang
2 inci halia - dicincang
6 ulas bawang merah - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1-2 sudu makan gula
2 batang serai - dititik
10 g tauchu
1 tangkai daun bawang - potong sepanjang 2 inci
garam halus secukup rasa
100 g minyak masak
kunyit
Lumurkan udang dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak dalam kuali , goreng udang sehingga kekuningan dan toskan. Tumiskan bahan yang dicincang ke dalam minyak tadi hingga garing. Masukkan serai, belacan, air asam jawa dan taucu. Masukkan garam dan gula. Kacau seketika. Masukkan bawang besar. Masukkan udang dan gaul rata. Akhirnya masukkan daun bawang dan tutup api.
Monday, August 6, 2012
TELUR MASAK LEMAK CILI PADI
5 biji telur (seeloknya telur itik)
15 - 20 biji cili padi (ikut rasa sendiri)
1 biji kelapa - perah, bahagikan 2 ( pati dan santan pekat)
10 biji belimbing buluh - pecahkan dengan anak batu dan buang jusnya
2-3 helai daun limau purut
garam - ikut rasa
kunyit
Tumbuk kunyit, garam dan cili padi sampai lumat. Masukkan dalam periuk/belanga. Tuangkan santan pekat. Masak di atas api yang sederhana sehingga mendidih. Kecilkan api dan pecahkan telur sebiji-sebiji. Biarkan sebentar sehingga putih telur keras, kemudian terbalikkan. Pastikan telur merah tidak pecah. Kacau perlahan-lahan. Bila telur keras dan kuah mulai pekat, masukkan belimbing dan pati santan. Akhirnya masukkan daun limau purut. Biarkan sebentar dan bolehlah dihidangkan.

Sunday, June 17, 2012
NASI GORENG BIASA2 JE
2 mangkuk sederhana nasi
10 ekor udang hidup (sederhana besar)
1 biji telor
8 biji kacang buncis/ 4 biji kacang panjang - bersihkan dan potong dadu
3 ulas bawang merah - bersihkan dan mayang
2 helai daun bawang - bersihkan dan potong dadu
minyak
garam halus
gula
kichap
lada sulah
bawang goreng
Buang kulit udang, basuh dan potong dadu. gaulkan dengan sedikit garam dan gula. Pukul telor dengan sedikit garam dan lada sulah. Panaskan 1 camca minyak dalam kuali dan buat telor dadar. Angkat, potong dan simpan untuk hiasan.
Panaskan 3 camca minyak dalam kuali. Tumis bawang. Goreng udang dan masukkan kacang. Balik2kan semuanya dan masukkan 2 camca besar air, garam, kicap dan lada sulah secukup rasa. Bila udang dan kacang sudah masak, masukkan nasi dan goreng dengan api yang sederhana selama 5 minit. Masukkan perisa dan hidangkan dengan dihiasi telur dadar, bawang goreng dan daun bawang. Kalau hendak pedas, bolehlah ditabur dengan hirisan cili padi.
AYAM PERCIK ALA KAMPUNG
1/2 ekor ayam- bersihkan
1 inci halia - tumbuk halus
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
4 sudu makan gula
garam
minyak
Bahan A untuk dimesin
15 biji cili kering
1 cawan kacang tanah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Gaul ayam dengan bawang, halia dan sedikit garam. Perap selama satu jam. Panaskan periuk. Masukkan minyak dan tumis bahan A. Setelah naik bau, masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masak hingga sebati. Tambahkan air jika perlu.
Gaulkan campuran yang dimasak dengan ayam dan bakar.

AYAM PERCIK STYLE HOTEL
1/2 ekor ayam- bersihkan
2 inci halia - tumbuk halus
5 ulas bawang merah - tumbuk halus
Sedikit garam
Bahan B
1 cawan susu tepung yang siap dibancuh atau 1 cawan susu segar
1 biji limau nipis (perah ambil airnya)
Campurkan bahan B dan simpan semalaman. Perap ayam, halia , bawang dan bahan B. Bakar dan percik minyak.

KEK BALDU
10 biji telur ayam
1 tin kecil margerin
1 sudu teh baking powder
4 cawan tepong gandum
4 jenis pewarna
3 cawan gula kasar
Pukul telur dengan gula sampai kembang. Kacau gula dengan margerin dan masukkan ke dalam adunan telur. Kacau hingga sebati. Ayak tepung bersama baking powder ke dalam adunan. Gaul hingga rata. bahagikan empat dan masukkan pewarna setiap satunya. Aturkan ke dalam acuan mengikut citarasa sendiri dan bakar.

AIR LIMAU
3 biji limau manis / 4 biji limau nipis/ 8 biji limau kasturi
3 sudu besar gula pasir
1/4 pain air mendidih
Basuh dan lapkan buah2 limau itu. Parut kulit luarnya sahaja ke dalam sebiji mangkuk. Masukkan gula dan tuang air panas yang baru masak. Tutup dan biarkan selama 15 minit.
Limau dibelah dua mielintang. Potong sehiris dua untuk hiasan, kemudian perah airnya ke dalam satu bekas daripada baki limau itu. Tapis air limau dan air gula yang telah disejukkan ke dalam sebiji jag. Tambahkan air minuman supaya menjadi 2 pain. Sejukkan dalam peti ais.
Sebelum dihidangkan, masukkan beberapa ketul ais dan letakkan limau yang dihiris nipis tadi di mulut jag.

Subscribe to:
Posts (Atom)