Wednesday, February 6, 2013

TALAM SUJI



LAPISAN BAWAH
1 1/2 cwn tepung suji
3 1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan gula pasir
sedikit garam
pewarna kuning


LAPISAN ATAS
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastard
3/4 cawan gula merah ( masakkan dengan 1/2 cawan air... tapis )
4 sudu gula pasir ( ikut kemanisan masing2 yea )
3 cawan santan pekat


Masuk kan ke semua bahan lapisan bawah dalam periuk..
kacau atas api dengan perlahan hingga pekat..
masukkan ke dalam loyang yang di sapu minyak..
kukus selama 20 minit..

Lakukan yang sama pada lapisan atas dan tuang atas lapisan bawah..
kukus selama 20 minit...


Sumbangan : Norlida Arshad

Monday, February 4, 2013

HATI MASAK LADA HITAM



½ kg hati lembu (di rebus)
5 ulas bawang merah (di kisar)
5 ulas bawang putih (di kisar)
2 labu bawang besar (di kisar)
3 cm halia (di kisar)
2 sudu makan cili kering (di kisar)
100 gm sos lada hitam
2 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis kesemua bahan-bahan yang telah di kisar sehingga pecah minyak.
Setelah tumisan pecah, minyak masukkan hati lembu yang telah di rebus dan gaul sebati.
Setelah itu, masukkan sos lada hitam dan kicap pekat, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula.
Sedia untuk di hidang.

***Bersihkan hati lembu dengan menggunakan tepung gandum, perap seketika kemudian di bilas.


Sumbangan : Maamon Hj Mohamad

PUTU BERAS



1 kg beras
1 kg gula
125 ml air

Goreng beras tanpa minyak sehingga rapuh kemudian di kisar, dan ketepikan.
Kemudian didihkan air bersama dengan gula, masak sehingga bertali.
Setelah air gula bertali biarkan sejuk.
Seterusnya air gula yag bertali tadi di kikis atau di kisar menjadi serbuk.
Bila telah siap menjadi serbuk campurkan dengan beras yang telah di kisar tadi sehingga sebati.
Kemudian masukkan kedalam loyang atau acuan dan di tekan hingga mampat.
Setelah mampat di tekan keluarkan dari acuan.
Sedia untuk di nikmati.

***Putu beras antara juadah manis warisan Kelantan, rasanya lembut dan manis.


Sumbangan : Maamon Hj Mohamad

NASI MINYAK BERKISMIS


700 beras siam
500 ml susu cair
200 gm minyak sapi
2 helai daun pandan
100 gm bawang besar (di kisar)
50 gm halia (di kisar)
50 gm bawang putih (di kisar)
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
10 gm kismis
10 gm kacang gajus (di goreng)
Air dan garam secukupnya


Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing.
Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan di tumis sehingga berbau harum.
Seterusnya masukkan beras, susu cair, garam, kismis dan air, kacau rata.
Masak sehingga kering kemudian taburkan kacang gajus.
Sedia untuk di hidang.


Sumbangan : Maamon HJ Mohamad

Sunday, January 20, 2013

32 NASIHAT DAN PANDUAN DI DAPUR ....

Khas buat ibu dan suri rumah tangga......kutitipkan nasihat dan panduan yang berguna dalam rumah tangga sehari-hari agar ada juga manfaatnya.......

1. Sebelum kita memasak, bersihkan diri dulu, pakaian2, peralatan2 serta perkakasan yang hendak digunakan termasuk kain lap dan sampah sarap dan sebagainya.

2. Jaga rambut supaya tidak gugur dan masuk dalam masakan....lebih elok agar jika rambut disikat dan diikat atau disanggul dengan baik....pakailah penutup kepala...

3. Kuku hendaklah dipotong bersih....basuh tangan dengan sabun sebelum dan sesudah memasak....sebab dari tangan yang kotor boleh menyebabkan masakan menjadi kotor....

4. Gunakan apron untuk menjaga pakaian agar tidak kotor...

5. Jangan menggaru2 kepala...atau bahagian yang terasa gatal atau sebagainya...jauhkan dari mengorek lubang telinga, hidung atau menyungkil gigi yang berlubang....

6. Ketika memasak, jangan suka berbual2, bercakap dengan suara yang kuat, ketawa berdekah2 atau menyanyi2....

7. Peganglah di bahagian tangkainya bagi perkakas2 seperti teko, cawan, kuali atau cerek....

8. Peganglah di bahagian batangnya perkakas2 seperti pisau, sudu dan garfu....

9. Jika terbatuk...palingkan muka ke belakang atau ke tempat lain....atau ditutp dengan tuala atau sapu tangan...jangan sesekali menutup dengan tapak tangan...

10. Perkakas2 yang telah digunakan hendaklah dibasuh bersih2,keringkan dan disimpan pada tempatnya yang khas atau ditempat2 yang tersusun supaya mudah mengambilnya dan dapur sedap dipandang.

11. sampah sarap terutamanya kulit bawang, batang cili, habuk2 dapur, sisik2 ikan, dan lain2 sampah sarap kecil2 hendakalh disapu dan dibuang segera.

12.semua perkakas yang hendak digunakan hendaklah diletakkan di atas meja, para2 atau tingkat2 atau didalam almari yang beralaskan kain bersih atau kertas2 surat khabar yang tidak digunakan lagi.

13. jangan sesekali meletakkan atau mendampingkan kebadan atau baju ketika memegang atau membawa perkakas2...badan kita berpeluh dan baju itu tentulah kotor setelah bekerja di dapur.

14. waktu merasakan garam, masam atau manis sesuatu masakan, masukkan dalam piring...jangan sesekali menggunakan senduk atau sudu yang digunakan atau tapak tangan...piring itu pula hendaklah dibasuh bersih2 sebelum digunakan untuk merasa yang lain pula.

15. jangan biasakan mengesat tangan dengan hujung baju....jangan sesekali mengesat peluh atau muka dengan hujung lengan baju atau kain....sediakan sapu tangan khas untuknya.

16. gunakan kain yang bersih untuk mengelap dan mengeringkan pinggan mangkuk...jangan sesekali menggunakan kain2 yang buruk atau kotor....kain2 itu hendaklah direbus dan dibasuh sekurang2nya 3 kali seminggu.

17. ketika makan eloklah diatas meja yang kukuh, bersih dan diatur kerusinya mengikut yang sepatutnya...kalau duduk dilantai...dunakanlah tikar yang sesuai.

18. ruang makan hendaklah dibersihkan selalu...meja makan dilap dengan air panas, sisa2 makanan dibuang dalam tong sampah...jangan biarkan kucing mengacau ketika makan atau merayau2 diruang makan.

19. jagalah supaya perkakas2 makan seperti sudu, garfu, pisau atau sebagainya terletak diatas meja.

20. jauhi makanan daripada dihinggapi lalat atau binatang2 lain yang membahayakan kesihatan.

21. ketika memasak jagalah supaya rambut, semut dan lain2 binatang kecil tidak termasuk kedalamnya.

22. periuk dan kuali serta lain2 perkakas hendaklah dibasuh dengan bersih.

23. sesudah makan basuhlah tangan bersih2 dengan sabun.

24. sediakan sabun, tuala kecil, air panas suam2 kuku dan air sejuk ketika makan.

25. jangan berbelanja pasar lebih dari apa yang hendak digunakan.beli sahaja mana yang mustahak dipakai atau yang penting untuk dimakan pada hari tersebut.

26 lauk pauk yang tidak habis dimakan hendaklah disimpan di empat yang khas....makanan2 yang mudah basi hendaklah dipanaskan semula...seelok2nya jangan biasakan memakan  benda2 yang sudah dimasak lebih dari 8 jam lamanya.

27. ketika makan jangan banyak bercakap atau berbual sesuatu yang bukan2 hingga ketawa terbahak2....jika terpaksa ketawa tutuplah mulut supaya makanan yang sedang dikunyah tidak tersembur keluar...makanlah secara sederhana dan tertib..kunyah perlahan2 dan bacalah bismillah terlebih dahulu sebelum makan dan alhamdulillah setelah makan.

28. biasakan mengunyah makanan tanpa bunyi.

29. ketika mengambil lauk dalam makanan jangan sesekali smpai berdiri atau terangkat punggungnya.

30. ketika mengambil lauk juga jangan sesekali tertumpah dimeja atau dilantai.

31. jagalah supaya waktu makan tidak terkentut, bersin, batuk, ataupun sendawa...hindarkan tabiat ini.

32. berilah layanan yang elok, hormat dan tertib kepada tetamu atau sesiapa juga yang sedang makan. istimewa kepada anak2 dan keluarga sendiri.


Tuesday, August 7, 2012

LAKSA JOHOR

ULAM
500 g taugeh - celur
2 labu bawang besar - hiris
daun kesum - hiris
daun selasih - hiris
bunga kantan - hiris
timun - hiris
limau kasturi - belah dua
cili padi - potong dadu

SAMBAL 
6 biji cili merah
3 cm belacan - dibakar
(bahan ditumbuk halus)

BAHAN LAIN
2 kotak spaghetti
8 ekor ikan kembong - siang dan bersihkan
7 keping asam gelugur
3 peket rempah kari ikan - bancuh dengan sedikit air
3 mangkuk santan
1/2 biji kelapa- untuk kerisik
1 sudu besar gula
6 sudu besar minyak masak
garam - secukup rasa
air

BAHAN KISAR
300 g udang kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Rebus ikan dengan asam gelugur(4 keping) dan secamca teh garam. Setelah masak, tapis air rebusan dan ketepikan.Buang tulang ikan dan kisar. Didihkan 3 mangkuk besar air dalam periuk. Masukkan sedikit minyak masak. Masukkan spaghetti dan rebus hingga lembut. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Setelah naik bau, masukkan bancuhan rempah kari dan masak sehingga garing dan naik bau sekali lagi. Masukkan air rebusan bersama isi ikan yang telah dikisar. Didihkan selama 15 minit. Masukkan pula santan dan masak selama 15 minit lagi. Barulah dimasukkan kerisik, asam gelugur(3 keping) garam dan gula. Hidangkan bersama ulam dan sambal.


Monday, August 6, 2012

NASI DAGANG KELANTAN

4 cawan beras nasi dagang - direndam semalaman
1 biji kelapa - 1 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia - dihiris
halba - secukupnya
garam - secukupnya
gula - secukupnya


Kukus beras yang telah direndam sehingga separuh masak. Angkat dan gaul dengan santan cair. Kukus semula sehingga betul-betul masak. Angkat dan gaul dengan santan pekat. Campurkan garam secukupnya. Campurkan juga halia, halba, bawang merah dan bawang putih. Kukus sebentar dan hidangkan bersama kari ikan/daging/ayam dan acar.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...